Monday, July 20, 2009

WORKSHOP ON GOLD DINAR 09


WORKSHOP ON GOLD DINAR 09
Organizer by
Dinar Research Group UKM
Faculty of Islamic Studies, UKM
Graduate School of Business (GSB), UKM
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)



LECTURER : Umar Ibrahim Vadillo
DATE : 24-25 July 2009
TIME : 1st Day :9.00 am – 12.00 am (3 hours), 3.00 pm- 5.00 pm (2 hours)
2nd Day: 9.00 am- 12.00 am (3 hours)
LOCATION : BSS 1 – Faculty of Islamic Studies, UKM
FEE : RM 30/per person

TOPIC DISCUSSION:
1. Foundations of Muamalat
2. Institutions of Muamalat
3. Implementations of Muamalat
4. Implementations of Gold Dinar


Profile: UMAR IBRAHIM VADILLO


Umar Ibrahim Vadillo was born in 1964. After attending the Augustinian College in Navarre he went to study agronomy at the University of Madrid. While still at university he embraced Islam. There followed a long period of study applying the commercial parameters defined in Islam’s founding legal document Imam Malik’s Al Muwatta, to modern financial practice. This led to his studies on Zakat, which implied the necessary use of the Islamic Gold Dinar and Silver Dirham. He has lectured extensively in various universities, notably in Morocco, Malaysia and Indonesia.

His promotion of an Islamic real wealth currency was adopted by Dr. Erbakan, Turkish Prime Minister until deposed, as well as the late King Hassan II of Morocco who undertook to restore Zakat to its correct legal position, just before his death. Umar Ibrahim Vadillo’s study on Dinar-based finance was used as a working paper by Dr. Mahathir, the former Prime Minister of Malaysia. He is currently engaged in promoting the issue in Indonesia . He resides in Cape Town, South Africa. Now, he is a advisor at Kelantan Golden Trade (Kelantan Gold Dinar).

Confirmation attendance via email- mailto: salmy1001@yahoo.com

OR call 019-4260108 (Miss Najihah)

Friday, July 3, 2009

Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin


Gambar Mas Kahwin Ad Samad & Dang Suria 1 Dinar Emas
Sumber:www.thegolddinar.blogspot.com


Pada 27 Jun, 2009 pasangan Dang Suria dan Ad Samad selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri yang sah. Apa yang menarik perhatian ialah pasangan ini memilih 1 Dinar Emas 999 (Logam Mulia) sebagai mas kahwin.

Kelazimannya wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin,gelang tangan merupakan antara bentuk perantaraan pilihan pasangan pengantin berdasarkan kemampuan serta persetujuan kedua-dua pihak mempelai untuk dijadikan hantaran.

Syiling 1 Dinar Emas 999(spt gambar di atas) yang dijadikan sebagai mas kahwin ini telah didapati daripada Encik Abdul Halim, siap dengan kotak yang berukir perkataan 'Kupersembahkan Untuk Isteriku Tercinta'.

Alhamdulillah, syiling dinar emas telah mula mendapat sambutan menggalakkan sebagai mahar atau mas kahwin dalam sesuatu majlis pernikahan sejak akhir-akhir ini. Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima pakai dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.

Bagi mereka yang mempunyai pertanyaan berkenaan dinar emas ini bolehlah menghubungi En Abdul Halim 013-6304515 atau email dinarkomuniti@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Sila layari blog Gold Dinar di http://www.thegolddinar.blogspot.com . Blog ini diwujudkan sebagai saluran menyampaikan maklumat dan panduan berkaitan dinar emas. Banyak maklumat yang boleh dipelajari.

Untuk makluman anda juga, En Abdul Halim sering diundang untuk menjadi tetamu jemputan dan menyampaikan ceramah dan seminar antaranya di universiti - universiti, Masjid KLCC, Masjid Damansara dan sebagainya. Malah beliau telah beberapa kali ke udara di Astro Oasis untuk diwawancara mengenai Dinar Emas.

Berikut adalah beberapa contoh Dinar Emas yang dijadikan hantaran Mas Kahwin.

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Parlimen Malaysia

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia. Duit syiling peringatan ini dilancarkan semalam oleh YB Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, Yang di-Pertua Dewan Negara, di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.


Duit Syiling Peringatan Emas (pruf) Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya ialah RM1,200 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.

Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya ialah RM150 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya ialah RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan terdapat 250 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM200 dan terdapat 200 set sahaja.Reka Bentuk Duit Syiling Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan Parlimen Malaysia:

Bahagian Hadapan Duit Syiling Memaparkan bangunan Parlimen dengan tahun "1959 - 2009" tertera di bawahnya. Pada sisi duit syiling tersebut, terdapat lambang anak bulan dengan perkataan "Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia" tertera di dalamnya. Anak bulan ini melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Pada bahagian atas kanan duit syiling itu tertera bintang pecah 14 yang melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Bahagian Belakang Duit Syiling Memaparkan jata negara (crest) Malaysia serta cokmar-cokmar Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Cokmar, iaitu sejenis alat kebesaran diraja, melambangkan kekuasaan Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan nilai muka duit syiling masing-masing tertera pada bahagian atas dan bawah duit syiling ini.


Lokasi Jualan Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 3 Julai 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur (BNMLINK), dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.