Wednesday, September 16, 2009

THE NEW CURRENCY OF THE FUTURE PRESENTED TO THE G8 LEADERS



The sample of the first “test” currency from the international project for a new virtual global currency, given the draft name, “United Future World Currency – Eurodollar”, has been presented as the exclusive gift to Heads of State and Government at the G8 Summit: Barack H. Obama, Dmitij Anatolyevich Medvedev, Gordon Brown, Nicolas Sarkozy, Angela Merkel, Silvio Berlusconi, Taro Aso, Stephen Harper, Josè Manuel Barroso, Fredrik Reinfeldt.

The final name and symbol for the new currency will be decided in a competition for children in 1000 schools throughout the world, organised by the Museo del Tempo. The first step started from the American School of Milan, and involved 640 students from 46 different countries.Although the initial aim is to unite the United States of America with the United States of Europe, it will also be open to other Countries.

The example of the Euro, which united Countries with different histories and cultures under the same currency, is a concrete precedent that demonstrates how this project can indeed come to life and gather together nations from several different continents.In sending his best wishes for the project to its coordinator, Sandro Sassoli, Italian Prime Minister Silvio Berlusconi emphasised that, “It is interesting that young students from different countries can get involved in an international project that helps them understand certain aspects of international economic policy, allowing them to prepare for the future monetary union that we hope for.”

In 1996, Sandro Sassoli conceived the idea of the UFWC project, having taken advice from Arthur Schlessinger Jr, former advisor to President John F. Kennedy.An international jury, comprising the heads of the world’s leading mints, economists, Nobel-prize winners, and figures from the world of culture and journalism, will have the task of selecting and rewarding the children’s best work concerning the new currency.

The Royal Mint of Belgium, one of the world’s most prestigious mints, has been the first to issue a test coin for this new currency, a special rare gold edition that will be gifted at the forthcoming G8 Summit. The coin has been designed by Luc Luycx, author of the common side of the Euro coins.

The project will study security and anti-counterfeit measures; meanwhile, experimentation to seek innovative solutions for an “intelligent” money are also underway. The currency will also undergo an important public test run at the 2015 Milan Universal Expo.





Tuesday, September 15, 2009

Sistem Kapitalisme & Sistem Ekonomi Islam


Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat.
Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.

Apabila diteliti dengan lebih mendalam, seseorang itu tidak boleh menafikan bahawa krisis ekonomi yang melanda dunia dikala ini adalah disebabkan oleh penerapan sistem ekonomi kapitalisme oleh Barat yang diterajui oleh AS. Sejarah membuktikan bahawa, penerapan sistem ekonomi kapitalisme ini akan menyebabkan munculnya kegoncangan demi kegoncangan di dalam ekonomi. Ia akan dihadapi oleh dunia dalam sela masa tertentu secara berkala. Perkara ini telah dijelaskan oleh Dr Thahir Abdul Muhsin Sulaiman dalam bukunya Ilajul Musykilah al-Iqtishadiyah bi al-Islam, yang menyebut krisis ekonomi dalam sistem kapitalisme adalah bersifat ’siklik’.


Maka penyelesaian kepada permasalahan kepada krisis ekonomi dunia adalah dengan membakul sampahkan sistem ekonomi kapitalisme, dan menerapkan sistem ekonomi yang berlandaskan syarak iaitu meletakkan halal dan haram sebagai teras kepada aktiviti ekonomi masyarakat secara keseluruhan.Dalam hal keewangan, sistem Islam membezakan antara wang dan modal.


Wang adalah public goods manakala modal adalah private goods. Wang adalah milik masyarakat (public goods), maka kerana itu, Islam melarang melakukan penimbunan wang kerana pasti akan mengurangi jumlah wang yang beredar di dalam pasaran.Semakin cepat wang berputar dalam masyarakat maka semakin baik ekonomi masyarakat.


Kalau tidak, sebagai private goods, dana itu akan dilaburkan dalam bentuk syirkah (kerjasama bisnes), dishadaqahkan atau dipinjamkan (qard) tanpa riba, dikeluarkan zakat. Wang juga dikembalikan fungsinya iaitu sebagai medium pertukaran dalam sektor realiti lantas mata wang dibuat dengan sandaran emas(dinar) dan perak(dirham) .


Dengan dinar dan dirham, nilai nominal dan nilai intrinsik daripada penggunaannya akan bersatu. Ertinya nilai nominal mata wang akan dijaga oleh nilai intrinsiknya, bukannya olah daya tukar terhadap mata wang lain.


Tidak akan ada sektor non-real dalam sistem ekonomi Islam, ekonomi akan betul-betul digerakkan oleh sektor realiti sahaja.

Friday, September 4, 2009

Sistem Kewangan Islam Mempunyai Peluang Untuk Bercambah


Assalamualaikum semua.


Artikel di bawah ini adalah artikel dari Bernama bertarikh 18 JUN 2009. Apa yang menarik ialah ini adalah kali pertama seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab atas portfolio Agama memberi saranan agar kajian perlaksanaan penggunaan dinar emas perlu disegerakan.Alhamdulillah,bibit bibit kebangkitan Dinar Emas telah mula mendapat perhatian dari pihak pemerintah dan satu kesinambungan usaha yang telah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di peringkat Kerajaan usaha untuk meluaskan penggunaan dinar emas dalam urusan pembayaran perdagangan antara negara Islam perlulah dipertingkatkan. Bak kata pepatah,"Perjalanana Seribu Langkah Bermula Dengan Langkah Yang Kecil".

SEPANG, 18 Jun (Bernama) -- Sistem kewangan Islam mempunyai peluang untuk bercambah dan berkembang ketika masyarakat global berhadapan dengan cabaran daripada pergolakan dalam sistem kewangan konvensional.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata bagi mencapai sasaran itu, tiga aspek penting yang perlu diberi perhatian, antaranya mewujudkan sistem industri kewangan Islam yang benar-benar utuh, berdaya maju dan mapan bagi menghadapi sebarang krisis dan cabaran.

Kedua menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan landskap kewangan Islam berteraskan kepada instrumen yang berdaya saing, kreatif dan inovatif dan ketiga pemantapan aspek kawal selia peraturan dan perundangan bagi mendepani persekitaran kewangan global yang kian mencabar," katanya ketika merasmikan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia ke-5 di sini Khamis.Katanya industri kewangan Islam mula mendapat tempat dan perhatian daripada masyarakat bukan Islam apabila beberapa negara yang majoriti rakyatnya bukan beragama Islam seperti Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Perancis dan Jepun menunjukkan minat untuk mempromosikan kewangan Islam."

Negara-negara maju ini kini sedang giat merekrut kepakaran dalam bidang kewangan Islam untuk merealisasikan hasrat untuk menjadi hub kewangan dunia," katanya.Jamil Khir berkata berdasarkan data terkini yang dikeluarkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), industri kewangan Islam global memerlukan sehingga dua juta pekerja mahir dalam bidang berkenaan berbanding 92,000 orang pada tahun 2007.Katanya ini menunjukkan setiap tahun, terdapat permintaan terhadap 135,000 orang secara purata untuk menyokong perkembangan industri ini."
Dalam era kegawatan ini, kita menyaksikan begitu ramai orang telah hilang pekerjaan dalam pelbagai sektor, namun senario yang sebaliknya telah berlaku dalam industri kewangan Islam," katanya.
Beliau juga berkata sudah tiba masanya umat Islam memberikan pertimbangan secara serius untuk beralih kepada penggunaan mata wang dinar emas iaitu penghasilan mata wang yang bersandarkan kepada emas.Katanya kejatuhan sistem kewangan konvensional yang berpaksikan kepada penghasilan wang yang tidak disandarkan kepada aset merupakan punca berlakunya keruntuhan kredit yang memberi impak kepada kemelesetan ekonomi dunia.
Beliau berkata kajian mengenai pelaksanaan penggunaan dinar emas sebagai pengganti penghasilan wang perlu disegerakan dan penstrukturan semula sistem kewangan agar mengikut acuan dan syariah perlu diletakkan sebagai asas dalam mengembangkan sistem ekonomi Islam.