Tuesday, November 24, 2009

REINTRODUCTION OF GOLD AS MONEY



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 19 November 2009 yang lalu, pihak Pengurusan Jentayu Emas Trading telah dijemput untuk menyampaikan Seminar " Reintroduction of Gold As Money" bertempat di Kolej Teknologi Park Malaysia (KTPM). Jemputan ini adalah atas usaha Saudara Hiswadi yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di KTPM. Seramai 95 pelajar menghadiri Seminar tersebut.

Majlis Seminar telah bermula pada jam 5 petang dengan dimulakan oleh Director of Research and Investment Strategy, En Mohd Nadzri Kamsin. Saudara Nadzri memulakan seminar dengan mukaddimah

" A lot of people do not realize that the root caused of many of today’s problems is due to the existing
economic and monetary system ". Beliau menjelas kan lagi bahawa
"The mounting debt, the inflation, the unemployment, the division between the rich and the poor and the social problems are all contributed by one main factor, i.e. the economic system".





Saudara Nadzri turut mengajukan soalan kepada pelajar, berapa lamaUS Dollar boleh bertahan??? Malah saudara Nadzri turut menerangkan bagaimana Sub Prime Mortgage Crisis boleh berlaku.

Secara purata hampir keseluruhan pelajar tahu tentang masalah ekonomi dan tercari cari apakah jalan penyelesaiannya.

Solusi atau jalan penyelesaian terhadap permasalahan ekonomi dan krisis kewangan telah disampaikan oleh Saudara Muhamad Nizam Shaidon, Pengarah Urusan Jentayu Emas Trading. Saudara Nizam telah menjelaskan peranan emas dalam kehidupan seharian, peranan emas dalam ekonomi, dan kaitan emas dan wanita. Pelajar telah diberikan penjelasan mengenai sejarah Bretton Wood Agreement.

Solusi pertama ialah mengembalikan Dinar Emas dan Dirham Perak. Saudara Muhamad Nizam telah menjelaskan apakah peranan yang boleh dimainkan oleh semua individu dalam mengembalikan dinar emas dan dirham perak. Apa yang penting ialah untuk kita memiliki sama ada Dinar Emas mahupun Dirham Perak. Setelah masyarakat memiliki Dinar dan Dirham, fasa kedua ialah perlaksanaan penggunaan matawang Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli.

Alhamdulillah, telah ada beberapa individu yang menjalankan perniagaan telah mula menerima Dinar dan Dirham sebagai matawang. Kempen penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak perlu dilakukan secara Istiqamah. Walaupun usaha ini nampak kecil, tetapi seribu langkah bermula dengan langkah yang kecil.

Di akhiri seminar, pelbagai soalan telah diajukan seperti kenapa kita tak pakai Platinum atau diamond gantikan emas?, mengapa emas?perlukah kita mendapat bantuan Bank Negara Malaysia?macam mana nak pakai dinar dan dirham ni? dan pelbagai soalan lain yang diajukan. Alhamdulillah semuanya dapat dijawab dengan sempurna. Emas merupakan precious metal yang amat berharga.

•For an item to function effectively as money, it should have the following characteristics:

1.Standardizable – its value ascertainable easily

2.Accepted widely – has intrinsic value or made acceptable by decree of law (assigned legal tender status)

3.Divisible – can be used for exchange of a range of values

4.Mobile – easy to carry around

5.Stable and durable – does not deteriorate, perish or erode due to its own structure and composition

Diakhir Seminar, pelajar-pelajar berkesempatan untuk mendapatkan Dirham Perak dari Jentayu Emas Trading. Malah buku Dinar Emas dan CD Umar Ibrahim Vadillo turut dijual. Semoga Seminar ini memberi satu impak positif kepada pelajar- pelajar dan usaha murni untuk mengembalikan Dinar dan Dirham dirahmati Allah S.W.T

Insya Allah.



Sehingga berjumpa lagi. Salam Aidil Adha buat rakan2 semua dari Jentayu Emas Trading.




Friday, November 13, 2009

THE ECONOMIC REVOLUTION OF THE ISLAMIC GOLD DINAR



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 10 November 2009 yang lalu, Prof. Umar Ibrahim Vadillo telah dijemput untuk menyampaikan syarahan bertajuk " THE ECONOMIC REVOLUTION OF THE ISLAMIC GOLD DINAR" yang bertempat di Universiti Islam Antarabangsa. Jemputan ini adalah atas usaha Ass. Prof. Dr. Adi Setia dari Fakulti Sains. Majlis dimulakan dengan ucaptama oleh Cik Saima Arai dari Jepun.

Prof. Umar memulakan syarahan dengan sedikit sejarah mengenai wang kertas "Fiat Money". Diikuti dengan peranan Dinar dan Dirham sebagai matawang masa depan yang akan diterima oleh semua orang.

Secara peribadi saya bersetuju dengan pandangan Prof.Umar Vadillo. Masyarakat kini agak skeptikal apabila ada usaha usaha untuk mengembalikan Dinar dan Dirham.Pelbagai persoalan yang akan diaju seperti:

1) Kalau pakai Dinar dirham, macam mana kita nak berdagang dengan negara luar?

2)Bagaimana dengan sistem tukaran matawang asing?

3) Emas dan Perak berat untuk dibawa dan persoalan keselamatan si pembawa bagaimana pula? Kini ramai orang yang jahat, takut kena rompak.

4)Bagaimana kita nak beli barang dengan menggunakan Dinar dan Dirham?

5)Di mana kita boleh dapatkan Dinar Dirham?

dan pelbagai 1001 persoalan yang bermain di minda setiap orang.

Secara peribadi saya merasakan, kesedaran dan kefahaman masyarakat berkenaan Dinar dan Dirham masih di peringkat awal lagi. Menjadi tanggungjawab cerdik pandai antaranya seperti Prof Umar Ibrahim Vadillo (Penasihat Ekonomi Permodalan Kelantan Berhad), En. Abdul Halim Abdul Hamid (Pensyarah Kewangan dan Ekonomi Islam Universiti Multimedia Melaka), Pn Norizaton Azmin (Pensyarah Kewangan Universiti Multimedia Melaka),Prof Kameel Mydin Meera (UIAM) dan Pn Hjh Nik Mahani (Dinar Kelantan) dalam meneruskan wadah perjuangan menyampaikan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

Sebaliknya, keadaan berbeza di negara jiran kita iaitu Indonesia. Dinar Emas dan Dirham Perak bukan satu perkara asing buat mereka. Rakyat Indonesia telah mula menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan seharian mereka, dari urusan membeli barang-barang keperluan sehinggalah menerima gaji bulanan. Kesedaran ini bermula setelah matawang Rupiah kehilangan nilainya sedikit demi sedikit.

Sebagai contoh, menurut sahabat saya Saudara Krishna Adityangga yang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Menengah Tinggi Hamfara, separuh dari gaji bulanan guru -guru dibayar dengan menggunakan Dinar dan Dirham.Masya Allah. Satu permulaan yang sangat baik dalam mengembalikan Dinar dan Dirham. Malah Koperasi Di Sekolah tersebut turut juga menerima Dinar dan Dirham sebagai matawang.

Dan yang paling menarik, usaha mengembalikan Dinar dan Dirham ini berlangsung tanpa mendapatkan pertolongan dan bantuan dari Kerajaan Indonesia. Para alim ulama, kiai kiai dan golongan profesional adalah majoriti terbesar yang menggerakkan dinar di Indonesia.

Begitu juga di Malaysia. Alhamdulillah, di bumi Malaysia yang bertuah ini, kita memiliki ramai cendekiawan dalam ekonomi Islam. Usaha mengembalikan Dinar dan Dirham ini perlu dilakukan oleh pelbagai pihak. Setiap pihak mempunyai peranan masing- masing. Begitu juga kami di Jentayu Emas Trading. Usaha kami yang kecil seperti mengajurkan seminar Dinar dan Dirham, menggalakkan rakan- rakan memilih Dinar atau Dirham untuk dijadikan sebagai Mahar kahwin, menunaikan Zakat dengan menggunakan Dinar dan Dirham, sedekah Jariah , waqaf dan simpanan sebagai alat lindungan nilai.

Malah kami dalam usaha dengan beberapa pihak untuk menjadikan Dinar dan Dirham ini boleh digunakan untuk tabung pendidikan dan tabungan bagi menunaikan Haji. Indonesia telah berjaya mengaplikasikannya apa yang digelar ONH (Ongkos Naik Haji).

PERJALANAN SERIBU LANGKAH , BERMULA DENGAN LANGKAH YANG KECIL


Ucaptama oleh Cik Saima Arai dari Jepun.

Prof Umar Ibrahim Vadillo sedang menyampaikan syarahan


Prof Umar Ibrahim Vadillo sedang menyampaikan syarahan

Prof Umar Ibrahim Vadillo sedang menyampaikan syarahan


Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera, Dean of Institute of Islamic Banking and Finance at IIUM turut hadir


Kempen "Let's come back to DINAR and DIRHAM" akan diperluaskan

Pengarah Urusan Jentayu Emas Trading, Muhamad Nizam turut mengambil kesempatan membeli 3 buah buku karya Syeikh Imran N. Hosein dan Saudara Zaim Saidi dengan membayar 3 Dirham kepada Tn.Hj Awalludin.



Pn Hjh Nik Mahani dari Dinar Kelantan sedang membelek buku


Orang ramai berpusu untuk mendapatkan Dirham untuk simpanan dan membeli buku dan Vcd dengan menggunakan Dirham.




Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus.
Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang.
Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan.
Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu.