Thursday, January 21, 2010

Siri - Siri Jelajah Ceramah Dinar Dirham di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dalam merealisasikan penubuhan Kelab Sahabat Dinar, Tn Hj Awaludin Mohal bersama Jentayu Emas Trading telah mengadakan siri - siri ceramah mengenai peranan dinar dan dirham. Matlamat utama Kelab Sahabat Dinar ini adalah sebagai platform kepada semua golongan, sama ada anda ialah seorang pelajar ,mahasiswa, petani, peniaga, pensyarah akademik, kakitangan kerajaan , swasta dan apa jua profesion anda. Melalui Kelab Sahabat Dinar, satu jaringan ( network) akan diadakan bagi memudahkan orang ramai menyimpan dinar dan dirham, menggunakan dinar dan dirham sebagai matawang dan meramaikan lagi usahawan dan peniaga yang menerima pembayaran dengan menggunakan dinar dan dirham.

Siri ceramah bertajuk " Dinar dan Dirham - Amalan Sunnah yang Ditinggalkan" telah diadakan bertempat di Masjid Saidina Umar Al- Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 17 Januari (Ahad), jam 5petang.


Ceramah telah disampaikan oleh En Abdul Halim Abdul Hamid, seorang pensyarah dari Universiti Multimedia Melaka. En Abdul Halim Abdul Hamid juga merupakan seorang penyelidik dan penceramah ekonomi alternatif sejak 2002 dan sering diundang sebagai panel di dalam rancangan Astro Awani.Kini beliau sering ke udara dalam Astro Awani pada setiap hari Khamis jam 8.30am.


antara anak2 muda yang hadir dalam majlis ilmu ini


Ceramah dinar dimulakan dengan tayangan video umat islam di Palestin
Saudara Wantwo membeli buku dengan menggunakan 1 dirham yang telah beliau miliki.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tn Hj Awaludin Mohal
Norhani Aida (Jentayu Emas) turut hadir dalam membantu majlis ceramah dinar dirham ini berlangsung.



Muhamad Nizam (Jentayu Emas) dan Muhammad Arif (Golden Trapezium)
                                    
Rakan2 yg memperjuangkan Dinar Dirham
                                    

Perbincangan antara Nizam (Jentayu Emas), Adam (Putra Dinar) dan Wantwo



Objektif utama ceramah ini ialah memberi pendedahan kepada masyarakat akan peranan Dinar dan Dirham dalam menguatkan ekonomi ummah malah sebagai agen dan strategi penyatuan umat islam.Sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.


Dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi. Mekanisme simpanan berasaskan dinar emas bagi jemaah haji, contohnya, boleh diwujudkan bagi menjamin simpanan jemaah haji agar tidak susut nilai oleh spekulasi dan manipulasi sistem mata wang dunia.Mekanisme seumpama ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di Indonesia di bawah kelolaan ONH (Ongkos Naik Haji).

Siri - Siri Jelajah Ceramah Dinar Dirham di Masjid At Taqwa, Desa Subang Permai- 16 Jan 2010

Alhamdulillah pada 16 January 2010 yang lalu, satu ceramah Dinar dan Dirham - Amalan Sunnah Yang Ditinggalkan telah diadakan di Masjid At-Taqwa, Desa Subang Permai. Majlis ilmu bermula sebaik sahaja selesai solat maghrib. Ceramah Dinar dan Dirham telah disampaikan oleh En Abdul Halim Abdul Hamid, pensyarah Universiti Multimedia Melaka.


Ahli Jawatankuasa kariah Masjid At Taqwa, Saudara Sheikh Shahruddin memberi kata-kata aluan dan memperkenalkan penceramah kepada hadirin yang hadir.
En Abdul Halim memulakan ceramah dengn saranan agar umat islam kembali semula kepada
Al-quran dan As-sunnah.

1 Dinar 999.9 dari Logam Mulia turut dipamerkan kepada hadirin yang hadir

Tn Hj Awaludin Mohal turut serta dalam siri-siri jelajah ceramah dinar ini dengan membawa beberapa buku yang berkaitan Dinar dan Dirham

Pameran Dinar Dan Dirham

Tn Hj Awaludin menunjukkan matawang Islam, Dirham Perak.

Saudara Nizam dan Tuan Hj Awaludin menunjukkan transaksi pembelian buku  dengan menggunakan dirham perak

Hadirin yang hadir tekun mendengar penjelasan dari Muhamad Nizam (Jentayu Emas) dan Tuan Hj Awaludin. Turut kelihatan saudara Nadzri (Jentayu Emas) berbaju Melayu hitam dan Saudara Hafiz (Golden Trapezium) berbaju belang sebelah Nadzri
Sedang menjawab pertanyaan ahli qariah

Penuh khusyuk mendengar ceramah Dinar Dirham
                                    
Nizam (Jentayu Emas) bersama Tuan Hj Awaludin Mohal

Nizam (Jentayu Emas) bersama Tuan Hj Awaludin Mohal

                                             
Turut hadir memberi sokongan, Saudara Zufi dan Saudara Arif dari Golden Trapezium.
Thank you Brothers

Majlis berakhir dalam jam 10.00mlm. Alhamdulillah, walaupun banyak persoalan yang ditimbulkan, masayarakat mula sedar akan peranan Dinar Dan Dirham sebagai matawang sunnah.

Untuk menukar kepada penggunaan dinar emas kita terbawa memikirkan tentang logik cukup atau tidaknya emas, emas berat untuk dibawa atau AS akan merosakkan sistem yang akan dibangunkan. Kita harus memikirkan cara pengenalan yang boleh melepaskan daripada terus dimanipulasikan oleh sistem ekonomi yang berteraskan riba. Kita umat Islam mesti menggantikan sistem riba dengan sistem yang pernah digunakan oleh Rasulullah dan para sahabah dan mengelak diri kita dan umat kita daripada diperangi Allah dan RasulNya terhadap pengamal riba. Di atas kesedaran ini umat Islam boleh mengambil langkah strategi untuk mengembalikan penggunaan dinar emas

Wallahualam.

Thursday, January 14, 2010

Siri-siri Jelajah Ceramah Dinar dan Dirham - Amalan Sunnah Yang Ditinggalkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap spekulasi & manipulasi.

Mekanisme simpanan berasaskan dinar emas bagi jemaah haji, contohnya, boleh diwujudkan bagi menjamin simpanan jemaah haji agar tidak susut nilai oleh spekulasi dan manipulasi sistem mata wang dunia Mekanisme seumpama ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di Indonesia di bawah kelolaan ONH (Ongkos Naik Haji).

Sesi 1

Tajuk: Dinar dan Dirham

Penceramah: En Abdul Halim Abdul Hamid

Tarikh: 16 Januari 2010

Masa: Selepas solat maghrib

Tempat : Masjid At Taqwa, Desa Subang Permai. Selsyen U6, Shah Alam


Sesi 2

Tajuk: Dinar dan Dirham - Amalan Sunnah Yang Ditinggalkan

Penceramah: En Abdul Halim Abdul Hamid

Tarikh: 17 Januari 2010

Masa: 5 pm (selepas solat Asar)

Tempat: Masjid Saidina Umar Al -Khattab,Bukit Damansara

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ilmu ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di 019-6581190

Sunday, January 10, 2010

Ceramah Dinar Dirham di Surau Ar Rahimah Puncak Alam- 1 Jan 2010


 Assalamualaikum

Alhamdulillah, pada 1 January 2010 yang lalu, pihak pengurusan surau Ar Rahimah telah menjemput pihak kami untuk mengadakan Ceramah Dinar dan Dirham di Surau Ar Rahimah. Majlis ilmu telah bermula selepas solat Maghrib. Pengisian Dinar Dirham telah disampaikan oleh Tuan Hj Awaludin Mohal. Tuan Hj telah menceritakan bagaimana kejatuhan ekonomi telah bermula sejak zaman penjajahan British, Jepun dan British semula di Tanah Melayu ketika itu. Majlis turut disertai rakan2 seperjuangan dari Golden Trapezium. Terima kasih Brother Zufi and Brother Arif. Thank you for your support.

Emas memainkan peranan penting ketika itu. Sejarah telah membuktikan bahawa orang melayu pada satu masa dahulu banyak menyimpan emas. Emas adalah simpanan dan bukannya pelaburan ketika itu. Terbalik dengan zaman ini yang menjadikan Emas sebagai pelaburan dan bukannya simpanan.

Sejarah sentiasa berulang ulang. Amat rugi sekali bagi mereka yang tidak nampak lagi akan kepentingan menyimpan sebagai simpanan menggantikan wang kertas. Inilah kekayaan yang sebenar.


Sebagai contoh, jika kita menyimpan RM 100 di bank A, selepas 1 tahun Bank akan membayar dividend, katakan RM5, maka pada tahun itu wang telah menjadi RM 105. Tetapi malangnya dengan duit yang lebih itu tidak dapat membeli barang yang sama pada harga yang sama selepas 1 tahun. Yang lebih memburukkan keadaan walaupun dengan duit RM 105 tapi masih tidak dapat membeli barang yang dulunya berharga RM 100.

Inilah penindasan wang terhadap kita semua. Hari ini orang terpaksa bekerja keras untuk membayar hutang. Hutang pinjaman pendidikan, hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang pinjaman peribadi untuk kahwin, hutang perkakas rumah dan pelbagai lagi. Semuanya hutang ....hutang dan hutang. Ada yang terpaksa meminjam dengan ceti haram. Keluar mulut buaya masuk mulut naga.

Apa telah jadi dengan sistem ekonomi kita pada hari ini? Jurang perbezaan yang sangat ketara di antara yang kaya dan si miskin. Yang kaya bertambah kaya....Yang miskin....semakin merempatla. Akhirnya  akibat tidak tahan dengan keadaan ini, ramai orang yang amik jalan mudah dengan minum racun rumpai, gantung diri dan sebagainya.

Dimana keadilan???? Adakah ini REAL ECONOMY?????

Kita perlu balik ke pangkal jalan. Balik kepada Al-Quran dan As -Sunnah. Sesungguhnya kejayaan itu di dalam agama.


Insya Allah pada 17 January 2010, akan diadakan satu ceramah Dinar dan Dirham - Amalan Sunnah Yg Ditinggalkan bertempat di Masjid Saidina Umar Al- Khattab, Bukit Damansara. Majlis ilmu akan bermula pada jam 5 petang. Penceramah Dinar ialah En Abdul Halim Abdul Hamid, seorang pensyarah dari Universiti Multimedia Melaka.