Monday, February 8, 2010

Friday Exchange Talk at MATRADE - Dinar Dirham : The Champion In International Trade


Alhamdulillah, pada 5 Februari 2010 yang lalu, pihak Jentayu Emas Trading telah mendapat kerjasama dari pihak Matrade untuk menganjurkan ceramah Dinar Dirham : The Champion In International Trade dan slot ceramah ini telah dimasukkan di dalam agenda Friday Exchange Session. Friday Exchange adalah satu program latihan yang disediakan oleh pihak MATRADE dalam menambahkan ilmu pengetahuan kakitangan MATRADE. Penceramah jemputan tidak lain tidak bukan ialah En Abdul Halim Abdul Hamid pensyarah dari Universiti Multimedia Melaka. Beliau adalah Koordinator untuk kursus Perniagaan Antarabangsa dan seorang pejuang Dinar Dirham sejak 15 tahun lalu.Ceramah bermula pada jam 3-5pm.

Bangunan MATRADE
En Abdul Halim Abdul Hamid memulakan ceramah

Salah satu slide presentation dari En Abdul Halim

Staff MATRADE
Khusyuk mendengar ceramah
Warga Jentayu Emas ( Nadzri, Syamzaili, Rifaie, Nizam, Ridzuan dan Nabila).Turut kelihatan di belakang ialah saudara Ariff dari Golden Trapezium.
Sesi Soal jawab
Soal jawab
orang kuat MATRADE
Rakan-rakan dari Putra Dinar. Thank you guys
En Abdul Halim menjawab pertanyaan audience
Pameran Buku, Dinar dan matawang Zimbabwe (10 billion &100 trillion)
Saudara Ariff dari Golden Trapezium. Thank you brother
Sesi penerangan dari Nizam MD Jentayu Emas
Sesi penerangan dari Nizam MD Jentayu Emas
Pameran Buku dan Dinar
Rakan2 yg membantu dalam menjayakan ceramah Dinar Dirham
Wanita juga ada peranan dalam memperjuangkan Dinar & Dirham


Sedang mendengar pandangan dari Pegawai Kanan MATRADE

Diskusi dua generasi
Antara buku yang mendapat sambutan
Walaupun ceramah telah berakhir, tetapi kakitangan MATRADE masih berminat mendengar dan bertanyakan soalan dan pandangan kepada En Abdul Halim.
Kami akan datang lagi ke MATRADE untuk siri ke2. Insya Allah

Jika anda ingin menganjurkan ceramah dinar dan dirham di tempat anda, sama ada surau, masjid, pejabat atau sewaktu dengannya sila hubungi saya di 019-6581190 ataupun email saya nizam@jentayuemastrading.com

Simpanlah Emas sebagai Simpanan dan Pelaburan

Thursday, February 4, 2010

Buku Dinar Emas dan Dirham Perak - Islam dan Masa Depan Wang

RM 8 senaskah


RM 8 Senaskah
Syeikh Imran N. Hosein

Buku ini adalah karangan Syeikh Imran N. Hosein



Syeikh Imran menuntut di Institut Aleemiyah dalam bidang Pengajian Islam di Karachi, Pakistan di bawah tunjuk sarjana Islam dan Sufi Shaik, Dr Muhammmad Fadur Rahman Ansari dan berkelulusan Al-Ijazah Al- Aliyah dari Institut tersebut pada tahun 1971. Beliau mempelajari falsafah di Universiti Karachi, dan hubungan Antarabangsa (termasuk ekonomi kewangan antarabangsa) di Institut Hubungan Antarabangsa Universiti West Indies dan Institut Siswazah Pengajian Antarabangsa Geneva, Switzerland.


Buku ini sengaja ditulis ringkas untuk menggalakkan pembacanya di kalangan orang islam. Bahasa digunakan juga mudah dan bebas dari ungkapan kata ekonomi seperti fiat money. Yang demikian pembaca dikalangan orang awam seharusnya tidak menghadapi masalah dari segi bahasa yang digunakan.


Sila layari : www.imranhosein.org

Tuesday, February 2, 2010

PROMOSI BUKU MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL DAN BUKU HURU HARA AKHIR ZAMAN

Buku Pertama




                             RM 37.00 senaskah

Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, 'Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda' tulisan Muhammad Isa Daud, hinggalah karya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak, 'Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan' karya Abu Fatiah al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal.


Kini, timbul persoalan apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnani?


Di tangan anda adalah sebuah lagi karya 'fantastik' yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan.


Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person.


Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.


Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan Secret Society.


Disini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.


Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku 'Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman' karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan 'Kisah Dajjal dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya' karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir.


Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.


Di akhir buku ini, penulis buku ini turut menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi SAW.


Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.


Buku kedua



RM 10 Senaskah





Perbincangan tentang kiamat dan pelbagai peristiwa yang berlaku, seakan menjadi satu menu khusus, selalu mengundang rasa penasaran.Tercatat, pelbagai manuskrip, buku-buku mahupun analisa memberikan penafsiran beranekaragam terhadap berbagai teks-teks suci yang terkait dengan permasalahan satu ini.


Salah satunya adalah buku karangan Amin Muhammad Jamaludin, Akademisi Fakulti Dakwah dan Tsaqafah Universitas Al-Azhar Kairo Mesir, kelebihan—yang cukup lengkap—dari buku ini adalah keberaniannya untuk mengkontekstualisasikan berbagai teks-teks suci dengan kenyataan hari ini.


Keberanian itu didorong oleh pelbagai kebenaran atas peristiwa hari ini, yang ternyata telah “diramalkan” dalam berbagai kitab-kitab hadis maupun atsar yang nota bena merupakan teks suci.


Munculnya perang anti teror, perang Afghanistan II, perang Iraq dan sebagainya, menjadi satu hal yang tidak jauh dari ramalan teks-teks suci diatas.

Buku ini merupakan serial terakhir dari 3 buku karangan beliau sebelumnya yaitu, ‘Umru Ummatil Islam, Al Qoulul Mubîn dan Raddus-Sihâm. Oleh sebuah penerbit di Indonesia diterbitkan dalam satu bendel buku berjudul Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi dan Munculnya Dajjal.


Sebagai tulisan terakhir, penulis agaknya memberikan kesan emotif yang melukiskan keyakinan terhadap kebenaran teks suci sekaligus kecemasannya atas apatisme umat Islam. Ditengah kegalauan itu, ia melantunkan bait syair,


“Hari-hari akan kutunjukkan kepadamu, apa yang dulu kau tak mengerti. Dan memberitahumu berita-berita yang tidak pernah kau percaya” Selamat membaca!