Tuesday, March 30, 2010

Siri Jelajah Ceramah Dinar Dirham Sekitar Bulan April 2010



 


Dirham Islamic Mint Nusantara


Assalamualaikum, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberi ruang kepada kita untuk hidup dan beribadat kepadanya .

Wakala Jentayu Emas akan memulakan siri- siri jelajah ceramah Dinar Dirham dan Pelaburan Emas pada bulan April 2010. Insya Allah setakat ini terdapat 3 aktiviti  program yang telah dirancangkan.


 
Nizam dan Ridzuan (Jentayu Emas), Ariff dan Zufi (Golden Trapezium)

Faizal( Scogold), Zufi(Golden Trapezium), Adam,dan Afham ( Putra Dinar) dan Hafiz (GTras)

Program Pertama

Program : “THE GOLDEN REVOLUTION 2010 - A Return To Dinar and Dirham” .
Tarikh : 3 dan 4 April 2010
Tempat : Dataran Pahlawan, Megamall,Melaka Bandaraya Bersejarah
Pengelola : Pelajar "Islamic Banking and Finance" Universiti Multimedia (MMU).


Program yang dianjurkan oleh pelajar Islamic Banking & Finance MMU ini bukan satu program yang asing bagi warga MMU mahupun warga Melaka amnya. Program ini telah menjadi "acara Wajib" tahunan bagi pelajar yang mengambil kursus Islamic Banking and Finance. Penasihat dan pensyarah bagi program ini tidak lain tidak bukan ialah En Abdul Halim Abuld Hamid. Nama beliau bukan asing lagi dan beliau dikenali sebagai ahli ekonomi alternatif yang memperjuangkan sistem ekonomi islam yang "telus" dan matawang sunnah iaitu Dinar Emas. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa beliau adalah pelopor Dinar Emas berketulenan 9999 di Malaysia.

Diantara objektif program ini ialah:
(Di ambil dari website pengelola (http://thegoldenrevolution.blogspot.com/
)

1) Objectives of the Program
1. To educate the community on the unjust financial system that we live in today.


In order for us to have the public believe in Islamic Finance, we believe it is important for us to first reveal how today’s interest based banking system has been designed to keep us in debt.
2. To show how interest-based banking is the ultimate cause of, the ever-so dreaded, Inflation.
In addition to the above mentioned point, we would also emphasize that although governments attempt to curb inflation, it is the very existence of paper currency that is the fertile land through which inflation grows. We would direct to the public how interest-based banking and finance and paper currency are closely related and in order to solve this problem, they both have to be eliminated altogether.
3. Explain and illustrate how the problems created by fiat money and the interest-based banking can be easily solved by using gold and silver as currency.
Last of all, we would then naturally explain to our audience how by simply using gold and silver as currency, as in the days of the Dinar and the Dirham, we would have the key to free us from the shackles that is today’s financial system.


Program ini akan terbahagi kepada beberapa acara, antaranya ialah :

1) Pelancaran Rasmi Program "THE GOLDEN REVOLUTION 20 10"

2) Pameran dan Promosi

3) Forum

ACARA:



3 April 2010, Sabtu


11.00 am: Acara Bermula
11.30 am: “The Golden Revolution 2010” video montage
 2.30 pm: Exhibition Tour
3.00 pm: Golden Revolution – Forum 1

By:

1. Mr. Nizam Shaidon, the Managing Director of Jentayu Emas

2. Mr. Zufi Hassan, the CEO of Golden Trapezium


4.10 pm: Golden Revolution – Video

4.30 pm: Golden Revolution – Forum 2


By:

1. Mr. Syed Faizal, the President of Southern Community Gold

2. Mr. Adam Shariff, the CEO of Putradinar Sdn. Bhd.



8.00 pm: Golden Revolution – Drama



4 April 2010, Ahad


11.00 am: Opening Exhibition for all visitors
1.00 pm: Coloring Contest Registration for Children age 4 – 6 years old
1.30 pm: Coloring Contest Begin
5.00 pm: “The Golden Revolution 2010” Closing Video


Logam Mulia Dinar 9999
Berita baik bg teman teman di Indonesia.
 
JAKARTA – INDONESIA

TEMA ACARA: KEBANGKITAN EKONOMI SYARIAH DI TENGAH KRISIS EKONOMI GLOBAL


TARIKH: 3 APRIL, 2010
TEMPAT: Auditorium ADHIYANA Wisma Antara lt. 2, Jl. Merdeka Selatan 17 Jakarta Pusat
WAKTU: 8.30 PAGI-3.30 PTG
PENDAFTARAN: 10-28 MARET (MARCH), 2010
BIAYA: Mahasiswa/Umum : Rp. 100.000,
Institusi : Rp. 250.000,
Kontribusi Makalah dalam Prosiding : Rp. 250.000,-
FASILITAS: Ruangan Representatif, Seminar Kit, Coffee Break, Makan Siang, Makalah, Sertifikat.
HUBUNGI: Nisa (085692470492)
Hudayah (081362769777)


PEMBICARA:


1. Prof. Madya Zakariya Man (Deputy Rektor INSANIAH Malaysia)
2. Dr. Syafii Antonio, MEc (Komisaris Utama Batasa Tazkia Indonesia)*
3. Abdul Halim (Praktisi Ekonomi Syariah Malaysia) – Wakil dari TheGoldDinar Blogspot
4. Ir. Muhaimin Iqbal (Presiden Gerai Dinar)
5. Sony Abdurahman, MBA (Ketua Umum Koperasi Dinarku)
6. Drs. Yakhsyallah Mansur, M.A. (Kajur. KPI STAI Al Fatah)
7. Ir. H. Adiwarman A. Karim, SE., MBA., MAEP.*


ACARA INI DISELENGGARAKAN OLEH INTERNATIONAL SEMINAR OF ECONOMY SHARIA COMMITTEE (ISEC) JAKARTA.


Program Kedua


Program:  Seminar " The Rise of Golden Era"
Tarikh: 13 April 2010
Masa : 8.00p.m.
Tempat : Exam Hall, University Multimedia Melaka Campus. 
Pengelola : International Trade and Policy Student (MMU)
Penceramah: Wakala Jentayu Emas

Seminar yang kedua ini dianjurkan dengan tujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar dan kakitangan MMU tentang kepentingan emas  pada masa kini. Seminar ini diharapkan dapat memberikan kesedaran dan kefahaman terhadap komuniti MMU berkenaan emas sebagai pelaburan atau simpanan.


Program Ketiga




Program : Ceramah Dinar Dirham - Amalan Sunnah Yang Ditinggalkan
Tarikh : 17 April 2010 ( Sabtu)
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Al-Furqan, Puncak Alam Fasa 2, Puncak Alam
Pengelola : AJK Surau Al-Furqan dan Wakala Jentayu Emas
Penceramah : En Abdul Halim Abdul Hamid

Objektif utama ceramah ini ialah memberi pendedahan kepada masyarakat akan peranan Dinar dan Dirham dalam menguatkan ekonomi ummah malah sebagai agen dan strategi penyatuan umat islam.
Sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Mekanisme simpanan berasaskan dinar emas bagi jemaah haji, contohnya, boleh diwujudkan bagi menjamin simpanan jemaah haji agar tidak susut nilai oleh spekulasi dan manipulasi sistem mata wang dunia.Mekanisme seumpama ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di Indonesia di bawah kelolaan ONH (Ongkos Naik Haji).


Bagi mereka yang berkelapangan, dijemput hadir ke seminar- seminar yang dianjurkan. Terima kasih.

Sunday, March 14, 2010

Wakala Jentayu Emas kini adalah Jaringan dari Master Wakala Nusantara, Dinarfirst dan Islamic Mint Nusantara (IMN) Indonesia.






Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT , Wakala Jentayu Emas kini secara rasmi telah dilantik sebagai kiosk di wakala Kuala Lumpur, Malaysia yang juga merupakan jaringan dari Master Wakala Nusantara, Dinarfirst dan Islamic Mint Nusantara (IMN).Terima kasih atas bantuan Pak Abbas dan Pak As'ad.

Wakala adalah dari bahasa Arab (Al- Wakalah) yakni al-wakil (yang diberikan amanah) oleh sesuatu pihak kepada pihak lain untuk menjalankan tugas bagi pihaknya. Wakala merupakan tempat penukaran Dinar-Dirham, yang kini telah berkembang di pelbagai tempat di Indonesia mahupun Malaysia mulai dari tahun 2000. Jaringan wakala ini ditubuhkan dengan bertujuan untuk memudahkan masyarakat untuk mendapatkan  dinar emas dan  dirham perak.

Alhamdulillah,perkembangan Dinar Dirham di Malaysia kini telah mula menampakkan hasil yang positif. Salah satu faktor yang menyegerakan perkembangan ini ialah banyaknya syarikat -syarikat yang mula menjual dinar di Malaysia bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ini ditambah pula dengan kemelesetan ekonomi dunia yang kian ketara dan mula dirasai oleh semua masyarakat. Pelbagai pihak mengambil inisiatif mengadakan ceramah dan seminar tentang emas sebagai pelaburan dan simpanan.

`



Ekonomi dunia kini berada di ambang kemelesetan. Bermula dengan krisis hartanah yang melanda Amerika dan kejatuhan nilai gadaian yang mengakibatkan peminjam tidak mampu membayar hutang, kemudian krisis ini semakin merebak menyebabkan bank-bank utama serta syarikat kewangan menjadi muflis atau sedang berada di ambang muflis. Sebelumnya, bank-bank dan juga syarikat kewangan menumpukan perhatian mereka kepada sektor hartanah yang sedang berkembang dan menjanjikan keuntungan lumayan. Akhirnya, bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan ini jatuh tersungkur dan membawa yang lain rebah bersamanya.

Beberapa negara terutama negara kaya yang terjejas telah memberikan suntikan modal kepada pasaran kewangan supaya dapat memulihkan keyakinan pelabur dan memberi kecairan tunai untuk merangsang aktiviti perekonomian. Malahan, sesetengah negara telah campur tangan secara langsung dengan memiliknegarakan bank-bank tertentu, sebagaimana yang dilakukan oleh Britain.Timbul persoalan bagaimana hutang yang bernilai sebanyak US$11 trilion wujud dalam subprime mortgage sedangkan hanya terdapat US$1.3 trilion wang kertas yang berlegar dalam pasaran?

Dalam situasi yang tidak menentu ini, bank-bank Islam kelihatan stabil kerana dilindungi oleh rangkaian aset dan tidak bersandarkan kepada hutang. Namun disebabkan bank-bank Islam turut mempunyai perkaitan dengan bank-bank konvensional, institusi-institusi ini tidak dapat lari daripada gelombang kegawatan.

Para pemerhati perkembangan sistem Kapitalis dapat melihat bahawa sistem ekonomi ini kini sedang berada diambang kehancuran, jika pun ianya belum hancur lagi. Apa sahaja usaha pada saat ini untuk menyelamatkan sistem yang ada hanya dapat ‘melegakan kesakitan’ untuk suatu masa yang singkat sahaja. Ini kerana sebab-sebab kejatuhannya memerlukan baik pulih mendasar (overhaul) atas asas utama sistem ekonomi Kapitalis itu sendiri dan bukan sekadar memulihkan simptom-simptom yang dihadapinya. Di dalam memperkatakan tentang kehancuran ini, terdapat empat faktor utama yang merupakan asas sistem ekonomi Kapitalis yang perlu diperhatikan:-

Pertama:

Kapitalisme telah memansuhkan emas sebagai sandaran/piawaian utama mata wang dan memperkenalkan mata wang dolar sebagai sandaran setara mata wang dunia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua di bawah perjanjian Bretton’s Wood dan kemudiannya penggantian sepenuhnya emas dengan mata wang dolar Amerika di awal tahun 1970. Praktik ini menyebabkan ekonomi dunia begitu terdedah kepada keadaan ekonomi di Amerika syarikat. Ini kerana mata wang di kebanyakan negara di dunia, jika tidak semua, diikat dengan mata wang AS dan bukannya dengan emas, walaupun hakikatnya nilai mata wang AS hanyalah tidak lebih dari sehelai kertas yang dicetak di Amerika. Walaupun selepas diperkenalkan mata wang Eropah, dolar AS masih mengekalkan pengaruhnya, kerana kebanyakan mata wang dunia masih terikat dengan dolar. Selagi mana emas tidak dijadikan sebagai sandaran mata wang, selagi itulah dunia tidak akan bebas dari berulang dan berulangnya krisis ekonomi. Sebarang kejutan nilai dolar akan secara langsung menggoncang ekonomi negara-negara lain di dunia. Malahan dasar ekonomi Amerika Syarikat akan memberi kesan ke atas ekonomi di luar negara Uncle Sam tersebut.

Kedua:

Pinjaman berasaskan riba telah menyebabkan kerumitan ekonomi. Walaupun nilai pokok pinjaman berserta riba sedikit demi sedikit berkurangan setiap masa, namun dalam banyak keadaan, individu atau negara tidak mampu membayar hutang mereka (kerana riba). Aktiviti ekonomi menjadi lembap disebabkan ketidakmampuan kebanyakan pihak untuk membayar hutang (campur riba) dan ini akan memberi kesan langsung kepada pengeluaran.

Ketiga:

Sistem dan praktik pasaran kewangan dan bursa saham membeli dan menjual saham, instrumen kewangan dan komoditi yang tidak memerlukan ‘pemilikan barang’ (possession of goods). Malahan ianya dijual dan dibeli berulang-ulang kali tanpa berlakunya pemindahan pemilikan dari penjual kepada pembeli. Praktik ini tidak sah (haram) di sisi Islam. Ia menimbulkan lebih banyak kesukaran dari penyelesaian, kerana ia menyebabkan nilai barang meningkat dan jatuh, walaupun hakikatnya barang-barang tersebut tiada dalam pemilikan. Semua ini mengundang ketidakstabilan dalam pasaran kerana keuntungan dan kerugian yang dialami adalah berdasarkan jalan spekulatif. Semua ini akan berulang tanpa disedari sehinggalah berlakunya krisis ekonomi.

Keempat:

 Yang paling penting adalah tiada kefahaman akan realiti pemilikan (ownership) baik di pihak negara-negara Timur mahupun Barat. Di bawah Ideologi Sosialis-Komunis, semua pemilikan adalah berkisar kepada negara manakala di bawah Ideologi Kapitalis, semuanya adalah hak milik individu tanpa campur tangan negara, kerana fahaman Kapitalis memasarkan idea pasaran bebas. Keadaan ini semakin sukar dan membarah di bawah globalisasi.

Islam menetapkan hanya emas dan perak sahajalah sebagai sandaran kewangan. Sebarang bentuk mata wang yang dikeluarkan mestilah disandarkan kepada emas dan perak dan boleh ditukar di atas permintaan. Mata wang kertas sesebuah negara tidak boleh diikat dengan mata wang sebuah negara yang lain. Setiap mata wang negara mestilah tidak bergantung kepada mata wang lain dan ia perlu memiliki nilai yang tetap, tidak boleh ubah dan nilai intrinsik.

Islam juga mengharamkan riba dalam apa bentuk sekalipun dan menganjurkan pinjaman kepada orang yang memerlukan tanpa riba atas jumlah asal (prinsipal). Islam menjadikan perbendaharaan negara, Baitul Mal, kekal sebagai satu struktur pemerintahan yang tersendiri untuk memberikan pinjaman tanpa riba kepada siapa sahaja yang memerlukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan.

Islam juga mengharamkan proses jualan barang sebelum pembeli memperolehinya, yang bermakna Islam mengharamkan transaksi barang yang tidak dimiliki. Islam juga mengharamkan transaksi dalam instrumen kewangan, pasaran hadapan dan saham yang dihasilkan dari kontrak yang tidak sah dan juga yang bersifat jual-beli spekulatif. Sebaliknya semua perkara tersebut dibenarkan dalam ekonomi Kapitalis.

Oleh itu, sudah tiba masanya umat Islam memberikan pertimbangan secara serius untuk beralih kepada penggunaan matawang dinar emas iaitu penghasilan matawang yang bersandarkan kepada emas.