Tuesday, April 27, 2010

Pertemuan Wakil Islamic Mint Nusantara (IMN) dan Wakala Jentayu Emas

Dinar , Dirham dan Daniq

Alhamdulillah, pada 24 April 2010 yang lalu, pihak Wakala Jentayu Emas telah mengadakan pertemuan dengan Pak Mahendra, Chief Operating Officer (COO), Islamic Mint Nusantara. Pertemuan ini bagi berkongsi pandangan perkembangan Dinar Dirham di Malaysia dan Indonesia. Banyak perkara yang dapat dikongsi bersama Pak Mahendra antaranya ialah memperkenalkan  Dinarfirst yang kian mendapat sambutan di Indonesia ke Malaysia.

Penerimaan Dinar Dirham di Indonesia dalam transaksi aktiviti perdagangan sangat memberangsangkan.Kewujudan Pasar Terbuka Islam yang menyediakan perkhidmatan dan menjual barang keperluan harian turut menerima dinar dirham sebagai mekanisma pertukaran. Di Malaysia, usaha -usaha mengembangkan dinar dirham ini turut giat dilaksanakan sama ada syarikat mahupun individu.

Berbalik kepada pertemuan dengan Pak Mahendra, kami dapat belajar kaedah bagaimana dinar dirham ini dikembangkan di sana. Antara yang menarik perhatian ialah , apabila solat jumaat diadakan, pasti ada insan yang bersedeqah dengan menghulurkan Dinar atau Dirham dalam Tabungan Masjid. PAda mulanya amat sukar, tapi lama kelamaan pihak Masjid telah mula mengumumkan jumlah kutipan duit  pada hari tersebut termasuklah mengumumkan jumlah Dinar Dirham yang diperolehi.

Ini adalah satu langkah permulaan yang bagus sebelum kita beralih kepada bab Waqaf. Sebenarnya sistem ekonomi dan perbendaharaan Islam (BaitulMal) itu sangat sempurna. Di mana peranan Baitulmal dalam sistem ekonomi moden? Baitumal juga boleh memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi islam.

Banyak perkara yang dapat dikongsi antara dua negara, Malaysia dan Indonesia (Gagasan Nusantara). Jika tiada aral melintang, pihak Wakala Jentayu Emas akan berkunjung ke Jakarta bagi melihat perkembangan dinar dirham dan Pasar Terbuka Islam di sana. Jika di izinkan Allah, akan kami adaptasi kaedah di Indonesia ke Malaysia.

Terima kasih atas panduan dan bantuan dari Pak Abbas, Pak As'ad dan Pak Mahendra. Moga pertemuan ini akan merapatkan lagi ukhwah dua negara yang berjiran.

 
Sedang menunggu Pak Mahendra

Nizam and Ahmad Rifaie




Aida turut serta dalam discussion

Pak Mahendra, COO Islamic Mint Nusantara

Dinarfirst ( Insya Allah akan dibawa ke Malaysia)

10 Dirham (Limited Edition)







10 Dirham (Limited Edition)








Nizam, Pak Mahendra dan Ahmad

Semoga hubungan yang terbina ini akan terus akrab

Monday, April 26, 2010

Siri Jelajah Ceramah Dinar Dirham di Surau Al-Furqan Fasa 2, Puncak Alam



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu ceramah Dinar Dirham : Amalan Sunnah Yang Ditinggalkan telah diadakan di Surau Al-Furqan Fasa 2, Puncak Alam pada 17 April 2010 dan disampaikan oleh  seorang praktis Ekonomi Syariah Malaysia yang juga merupakan seorang pensyarah iaitu, En Abdul Halim Abdul Hamid.Ceramah ini sepatutnya bermula selepas solat maghrib tetapi  terpaksa ditunda selepas solat Isyak berikutan  faktor kelewatan pihak kami yang telah tersesat dan terpaksa berpatah balik semula mencari jalan yang betul ke Puncak Alam.
Salam kemaafan buat semua ahli jawatankuasa Surau Al-Furqan dan Qariah Puncak Alam. Walaubagaimanapun ,semangat mereka harus dipuji kerana rata- ratanya menunggu untuk mendengar ceramah Dinar Dirham walaupun waktu telah lewat.



Penceramah telah memulakan majlis ilmu dengan persembahan montaj yang sangat menarik, montaj yang menggambarkan keadaan realiti kehidupan kita pada hari ini yang dibelenggu dengan pelbagai masalah.Sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan ribalah  telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.


Dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap spekulasi & manipulasi.
Mekanisme simpanan berasaskan dinar emas bagi jemaah haji, contohnya, boleh diwujudkan bagi menjamin simpanan jemaah haji agar tidak susut nilai oleh spekulasi dan manipulasi sistem mata wang dunia Mekanisme seumpama ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di Indonesia di bawah kelolaan ONH (Ongkos Naik Haji).

Rakan-rakan The Gold Dinar Group ( GoldDinar Blogspot, Scogold,PutraDinar, Golden Trapezium dan Wakala Jentayu Emas) turut hadir dalam memberi sokongan dan penerangan kepada warga Puncak Alam.

Semoga usaha ini akan berterusan Insya Allah.
Rakan2 TGDI
Penceramah memulakan majlis
Khusyuk mendengar
Muslimah juga begitu bersemangat mendengar
Furqan D' Mart juga boleh menggunakan dirham dalam urusan jual beli


The Gold Dinar Group

Dirham IMN juga dipamerkan dan dijual pada warga Puncak Alam
Tinggalkan Riba, Tegakkan Muamalah, Gunakan Dirham
Pameran buku-buku Dinar Dirham
Pameran buku-buku Dinar Dirham
Sesi penerangan oleh Nizam, Faizal dan Wantwo

  Leaflet Wakala Jentayu Emas


Semoga ceramah ini memberi impak positif kepada kita semua. Riba is a crime!!!

Rise Of The Golden Arch "Gold Trading Industry In Malaysia".


Pada 13 April 2010 yang lalu, Wakala Jentayu Emas Trading telah dijemput ke Multimedia University Melaka sempena "International Trade and Policy Seminar 2010". Sempena seminar tersebut, satu ceramah yang bertajuk "The Gold Trading Industry in Malaysia " turut disampaikan oleh Jentayu Emas Trading bertempat di Dewan Utama Peperiksaan MMU. Majlis telah bermula pada jam 8.15pm yang telah dihadiri oleh pelajar pelajar MMU dan jemputan luar. Majlis berakhir sekitar jam 10.15pm dengan cabutan bertuah hadiah hamper dan dirham. Cabutan bertuah utama ialah 1gram Gold Bar 999. Pelajar telah diberi penerangan menenai Exchange Control Act 1953  dan Amendment Exchange Conrol Act dan pelbagai bentuk pelaburan dan perdagangan emas di Malaysia.



The Gold Dinar Group ( The GoldDinarBlogspot, Jentayu Emas, Golden Trapezium, Scogold dan PutraDinar)


Dirham IMN turut dijual


Dirham IMN

Pameran Wang Zimbabwe


Antara buku - buku yang dijual


Harga Emas  dari 1996-2010



Introduction dari MD Jentayu Emas


Saudara Nadzri memulakan ceramah dengan menceritakan isu subprima



Saudari Aida menceritakan hubung kait emas dan wanita



Saudara Nizam bercerita tentang perdagangan emas di Malaysia





Audience yang hadir



Audience di Dewan Utama MMU
Cabutan Bertuah dapat dirham
Exchange Control Act 1953 ( Amendment)

Setinggi penghargaan buat pelajar- pelajar MMU dan terutama  Pengarah Program, Saudara Rifaudeen. Moga ceramah yang diberikan dapat memberi gambaran sedikit sebanyak mengenai Gold Trading Industry di Malaysia.