Wednesday, October 27, 2010

Gold Backing Of Currency Doesn't Make It Islamic - Tun Dr Mahathir Mohamad



KUALA LUMPUR, Oct 26 (Bernama) -- Backing currency with gold does not make it Islamic, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said on Tuesday.

He said it became Islamic only if transaction in the currency did not involve interest or riba.

"It is not the name that is important. It is the gold backing for the currency, whatever may be its name," he said in a keynote address at the Global Islamic Finance Forum 2010 here.

He said there were repeated suggestions for the use of gold dinars, and Muslims bankers must not be moved by sentiments alone.

He said people needed also to be conscious that gold prices could change and its value in different countries would differ.

"If we use gold as a currency domestically, the purchasing power will differ with different countries. Besides that, its bulk makes it unsuitable as currency for everyday use," he said.

Dr Mahathir said when gold was the standard by which currency was issued, it was fixed at US$36 per ounce of gold.

"Today, one ounce of gold worth US$1,400. One US dollar would be equivalent to 1/1400 ounce of gold.

"It would be very tiny if issued in coins. It is not practical to carry gold coins in the pocket," he said.

He said the place for gold would be in the settlement of international trade as it involved large sums of money and payment in physical gold would be inconvenient because of its bulk.

Meanwhile, Dr Mahathir said there was a great future for Islamic finance but its success would not be because it did not involve payments of interest.

He said its future depended on ethical practices, supervision by governments, avoidance of dubious practices and products, concentration of financing of real business and rejection of betting on futures and manipulation of the market.

"Profiteering must be avoided, and there must be a limit to money creation," he said.

Dr Mahathir said the sector had found many ways to be profitable without resorting to blatant interest charges but the conventional banks were forever coming up with banking products.

"While it is important that Islamic banks match these products, it should be very careful that the products are ethical, that they truly conform to the tenets of Islam," he said.

He said proper regulations and supervision by inspectors who themselves must be under supervision was important if the sector was to grow and become a good alternative to the current banking system.

"The Islamic banking system has not yet been abused now but this does not mean it will never be abused. There are as many greedy people among Muslims as there are among the followers of other religions," he said.

He said the executives should be well-compensated and they must never award themselves unreasonable pay, compensation and bonus.

"These are tough conditions but if they are not met then Islamic finance may meet an early grave," Dr Mahathir said.

Wednesday, October 20, 2010

Tunaikan HAJI dengan BERHUTANG?


Oleh Saipul Adli Mohamad

YANG Dipertua (Speaker), bukan saya yang kata tetapi orang Sabah kata, ini Barisan Nasional (BN) mahu masuk syurga pun ada kuota...dalam Islam kita tahu antara syarat mahu masuk syurga ialah naik haji. Jadi, apabila mereka tidak boleh naik haji kerana dikawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.
“Dalam televisyen, kita lihat ada yang mengatakan mereka sudah empat, lima dan enam kali naik haji...mereka ini tidak pakai sistem kuotakah?” katanya di Dewan Rakyat, semalam.
Sehubungan itu, beliau mendesak pengurusan Tabung Haji supaya mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan masalah, selain cara lembaga itu yang dianggap terlalu berorientasikan perniagaan. Menurutnya, sistem kuota menyebabkan berlakunya ketidakadilan apabila ada mendakwa tidak diberi peluang mengerjakan rukun Islam kelima.
“Saya mencadangkan Tabung Haji menetapkan satu sistem iaitu mereka yang sudah mengerjakan haji tidak diberi peluang sama untuk tempoh lima tahun bagi membolehkan kuota diberi kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran dan belum berpeluang ke Makkah.
 “Ini adil untuk penyimpan Tabung Haji yang mahu mengerjakan haji. Setahu saya, kerajaan Arab Saudi memberi kuota (35,000) kepada Malaysia tetapi ke mana kuota ini pergi? “Apabila kita minta dan tanya pasal kuota, Tabung Haji kata sudah tiada kuota...tahun ini Sabah hanya dapat 1,000 kuota sedangkan kalau bagi 2,000 untuk 13 negeri baru 26,000 orang saja,” katanya.
Abdul Ghapur turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (Pas-Baling) yang mencelah bahawa Tabung Haji kini sudah lari daripada matlamatnya memberi kemudahan jemaah haji kepada sesuatu yang berbentuk perniagaan. “Tabung Haji ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am iaitu VVIP, kawan, anak saudara pergi naik haji...bayar RM10,000 semua kelas pertama...ini mana boleh! “Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 kais pagi, makan pagi...kenapa? Tabung Haji untuk orang kaya sajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej mahal,” kata Abdul Ghapur.
Beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan supaya perkara seumpamanya dihentikan, selain memastikan setiap negeri diberi kuota sepatutnya agar Tabung Haji tidak dilihat sebagai berniaga dalam mendapatkan kuota haji.

Pandangan Jentayu Emas,

HAJI merupakan satu ibadat penting dalam Islam. Ulama secara ijmak mengatakan ia adalah fardu ke atas setiap orang Islam yang berupaya mengerjakannya dan satu daripada rukun Islam yang lima.
Ayat 97 Surah Ali Imran antara lain bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.

Dalam melaksanakan kefarduan haji dan umrah, ada beberapa syarat yang mewajibkannya, antaranya berkuasa.Berkuasa melaksanakan haji dan umrah boleh dilihat pada dua aspek, iaitu berkuasa melaksanakannya dengan sendiri dan berkuasa menunaikan dengan pertolongan orang lain.Setiap aspek itu ada syarat tertentu, contohnya berkuasa melaksanakan haji oleh dirinya sendiri antara syaratnya, ada perbelanjaan yang cukup untuk dirinya dalam perjalanan pergi dan balik serta sepanjang melaksanakan haji serta untuk sara hidup orang yang wajib ditanggungnya serta perbelanjaannya itu melebihi hutangnya.
Di samping itu, ada kenderaan untuk menyampaikannya ke Makkah seperti kapal terbang, kapal laut, bas dan seumpamanya sama ada milik sendiri atau mampu menyewanya.

Pada zaman Nabi s.a.w ada yang bertanya kepada baginda mengenai orang tidak berupaya mengerjakan haji. Adakah dia perlu berhutang kepada orang lain supaya dapat pergi haji, akan tetapi Nabi s.a.w tidak membenarkannya.Perkara ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Auf, katanya: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan seorang lelaki yang tidak (dapat) pergi haji: “Adakah dia boleh berhutang untuk pergi haji? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Agama Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Dalam hal mengerjakan haji dan umrah, ulama membuat syarat tertentu yang kemas berdasarkan al-Quran, hadis dan ijmak.Jika syarat itu tidak dapat dipenuhi seseorang, tidaklah wajib baginya mengerjakan haji, walaupun ia satu daripada rukun Islam.

Ini membuktikan Islam itu adalah rahmat dan tidak menyusahkan umatnya. Oleh yang demikian, bagi orang yang ingin mengerjakan fardu haji dan umrah yang wajib ke atasnya, tidaklah perlu dia sampai menyusahkan dirinya dengan berhutang.Apatah lagi bagi orang yang pernah pergi mengerjakan haji dan umrah. Lebih-lebih lagi jika umrah yang dilakukan itu, hanya berbentuk sunat semata-mata, jadi berhutang bagi tujuan ini suatu perkara yang tidak dituntut agama kerana ia akan menjadi beban dan akan menyusahkannya.”

Islam tidak memberatkan kecuali kepada mereka yang benar-benar sudah sampai kemampuan dan bukan kemampuan yang dipaksa-paksa sebelum tiba saatnya. 

Pokok pangkal cerita berkenaan kemampuan menunaikan haji itu sendiri ialah wang atau duit. Duit kita pada hari ini mengalami kemerosotan.

Nilai duit kita pada hari ini dilihat semakin menyusut berkadaran dengan masa sedangkan kenaikan harga emas juga relatif  dan berkadaran dengan masa. Matawang USD yang ketika ini dilihat amat lemah sedangkan matawang  SATU DUNIA bersandarkan USD. Semua organ tahu bahawa wang USD boleh dicetak sewenang-wenangnya dalam usaha mengatasi krisis kewangan  dan kegawatan ekonomi. Hari ini, sistem kewangan dunia telah dimanipulasi dan dispekulasi oleh golongan tertentu.

Kerana duit inilah yang telah meletakkan jurang yang amat ketara diantara si kaya dan si miskin. Duit inilah juga yang membezakan darjat manusia sehinggakan untuk mengerjakan ibadat Haji,  duit jugalah menjadi ukuran. Terdapat skim pembiayaan islam bagi mengerjakan Haji. Perlukah sampai ke tahap untuk beribadat sekali pun, kita terpaksa berhutang???.

Saban tahun isu kenaikan kos mengerjakan Haji tidak pernah lekang di media. Malah Kerajaan juga tidak dilihat serius dalam menangani isu ini. Saya amat tertarik dengan kenyataan Y.B. Datuk Seri Abd Ghapur Salleh, bahawa rakyat menabung untuk naik haji dan bukan untuk pakej mahal. Tambahan beliau, Tabung haji kini sudah lari dari matlamat asalnya memberi kemudahan kepada jemaah haji kepada suatu bentuk perniagaan. Sekiranya isu kenaikan kos ini telah menjadi isu saban tahun, tidak salah sekiranya Tabung haji memberi perhatian terhadap simpanan jemaah haji dengan memperuntukkan sedikit dari caruman jemaah haji kepada simpanan yang memberikan nilai asset yang lebih stabil seperti emas.

Seandainya Kerajaan tidak mengambil berat terhadap isu ini, maka saya menyarankan agar bakal2  tetamu Allah untuk menyimpan sedikit dalam bentuk emas. Tidak kiralah sama ada barang kemas, syiling emas mahupun jongkong emas. Alhamdulillah, kini di Malaysia telah banyak individu dan syarikat tertentu seperti Dinar Kelantan,Public Gold, Public Dinar, GCP, Omar Kulim, Emas Rakyat,Putradinar, Scogold, Golden Trapezium, Jentayu Emas dan yang lain-lain yang menyediakan perkhidmatan menjual barang kemas, syiling emas dan jongkong emas yang mana harganya lebih murah dari kedai-kedai emas.

Yang pasti, simpanan di tabung haji akan memakan masa yang lama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Oleh itu, jika simpanan ini untuk jangka masa panjang, maka emas merupakan safe heaven asset bagi jangka masa panjang.

Perlu diingat, bukan harga emas yang MAHAL, tetapi nilai Ringgit yang JATUH telah menyebabkan  kita terpaksa mengeluarkan lebih RINGGIT bagi mendapatkan quantity Emas yang sama.

Di dalam blog YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan ;
1. Malaysians, including Malaysian monetary authorities seem quite happy over the appreciation of the Ringgit against the US Dollar. We think that when our currency strengthens it must be because our economy is strong. Therefore we are doing well.

2. But are we doing well? Is it the Ringgit which is appreciating or is it the US Dollar which is devaluing?


Sama2lah kita renung-renungkan.
Sambil fikir zikir, sambil zikir fikir, hadaplah wajahmu kemana-mana, kerna disitu ada Tuhanmu.



THE CURRENCY WAR



By Dr. Mahathir Mohamad on October 20, 2010 8:00 AM

1. Malaysians, including Malaysian monetary authorities seem quite happy over the appreciation of the Ringgit against the US Dollar. We think that when our currency strengthens it must be because our economy is strong. Therefore we are doing well.

2. But are we doing well? Is it the Ringgit which is appreciating or is it the US Dollar which is devaluing?

3. Actually it is the US Dollar which is devaluing. It is devaluing against most other currencies, especially against China's currency.

4. Why is the dollar devaluing? Could it be the currency traders are selling dollars? Could it be because the balance of payment is not in US favour?

5. Martin Wolf of the Financial Times, an expert on money has this to say. There is a global currency battle going on. "To put it crudely," he says, "the US wants to inflate the rest of the world, while the latter is trying to deflate the US. The US must win, since it has infinite ammunition; there is no limit to the dollars the Federal Reserve can create. What needs to be discussed is the terms of the world's surrender; the needed changes in nominal exchange rates and domestic policies around the world."

6. Our reserves are represented by the US Dollar, Gold and other currencies which we keep in order to back the value of our Ringgit. The US clearly does not have to hold foreign currencies to back the Dollar. All the US has to do is to create (print) money.

7. When we buy US Dollar bonds, we are in fact lending US Dollars to the US. When we redeem the bonds all the US has to do is to print more dollars to pay us. We are actually exchanging hard-earned money for pieces of paper which some people call toilet paper.

8. I wonder what Malaysia is doing during this currency war. Are we still keeping US Dollars as our reserves? Have our reserves depreciated because the US Dollar has depreciated?

9. Many countries are now "controlling" their currencies. Are we going to go the other way - to remove the last remnants of our control?

10. As I said in a previous article, the daily trade in currency amounts to 4 trillion dollars. Are we going to contribute to that trade?

Saturday, October 16, 2010

PROMOSI PRODUK EMAS SEHINGGA 30 OKTOBER 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut merupakan stok produk yang masih ada bersama Jentayu Emas yang ingin dijual kepada mereka yang berminat. Stock Clearance until 30 October 2010. Harga masih boleh dirunding

Bagi mereka yang berminat, sila hubungi saya

Nizam - 019-6581190 atau email nizam@jentayuemastrading.com

BAJET 2011: Menyebar Kemakmuran Ke Seluruh Negara



KUALA LUMPUR: “Kita tidak boleh lagi terpenjara dengan kelaziman. Kita mesti menerjang keluar dari belenggu pemikiran dan cara kerja yang biasa. Kejayaan menuntut kepada perubahan dan perubahan bukan lagi satu opsyen. Ia satu imperatif. Berubah atau kita akan ketinggalan.”
Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penuh bersemangat ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, semalam yang menyaksikan rakyat daripada semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripadanya.



“Bajet ini digubal penuh keazaman mendokong perubahan besar kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Ia mendakap semangat dan realiti pentadbiran terkini yang mengangkat Konsep 1Malaysia,” katanya.
Bermula daripada syarikat konglomerat, kakitangan, kerajaan atau swasta sehinggalah golongan orang biasa termasuk imam dan pengawal keselamatan semuanya mendapat manfaat daripada Bajet 2011.
Berkuat kuasa semalam kerajaan memansuhkan duti import yang sebelumnya dikenakan pada kadar antara lima peratus hingga 30 peratus ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Barangan itu merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuk kelambu.
Cukai jualan telefon bimbit dimansuhkan bertujuan penyelarasan selepas telefon bimbit biasa dikenakan cukai jualan 10 peratus sebelum ini manakala telefon bimbit mempunyai pelbagai aplikasi seperti Internet dan personal digital assistant (PDA) dikecualikan cukai jualan.


Untuk memenuhi impian rakyat memiliki rumah selesa, kerajaan menyediakan RM568 juta bagi membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit menerusi Projek Bantuan Sewa Rumah.
“Selain itu, golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 sebulan akan dibantu menerusi Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000,” katanya.


Skim itu bagi pembeli rumah pertama berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan dan pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim.
Bagi pengawal keselamatan, kerajaan akan menguat kuasa gaji pokok minimum kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan, berbanding RM300 hingga RM400 ketika ini dan kenaikan bermula Januari depan itu bermakna pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun melebihi RM1,00 sebulan,” katanya.


Sumbangan penjawat awam tidak diketepikan dan bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan akan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari kini.
Selain itu, Bantuan Khas Kewangan RM500 diberi kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan dengan pembayaran dibuat pada Disember ini.


“Kerajaan juga bersetuju memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam menjelang Jun 2011,” katanya.
Perdana Menteri turut mengumumkan pembinaan satu lagi mercu tanda kebanggaan negara yang akan dibangunkan menjelang 2020 iaitu projek bersepadu Warisan Merdeka yang turut membabitkan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
Keseluruhan projek bernilai RM5 bilion itu akan dilaksanakan Permodalan Nasional Berhad dengan menara dijangka siap pada 2015.


Bagi meringankan beban pengguna lebuh raya, kerajaan bersetuju kadar tol di empat lebuh raya milik Plus Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, bermula serta-merta.Sumbangan pemimpin masyarakat turut dihargai dan kerajaan menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 ketika ini.


Elaun turut diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Bagan, selain menaikkan elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa daripada RM30 kepada RM50.Elaun bulanan imam dinaikkan RM450 kepada RM750 sebulan. Imbuhan bulanan guru Kafa pula naik kepada RM800 sebulan berbanding RM500 kini, berkuat kuasa Januari depan.


Saturday, October 9, 2010

KOS HAJI NAIK 2011 & EMAK INGIN NAIK HAJI




 

Labaik allahumma labaik

Labaik ala syarika la

Innal hamda wa ni’mata

Laka wal mulk la syarîka la

Labaik allahumma labaik

Labaikala syarika la



Pergi haji ke tanah suci

Menjalani niat yang murni

Wajahnya berseri-seri

Penuh rahmat dari Illahi

Semoga Tuhan memberkahi

Amal ibadah insani


YAN 2 Okt. – Kenaikan kos menunaikan ibadah haji bagi jemaah dari negara ini mungkin tidak dapat dielakkan pada tahun depan berikutan peningkatan tambang dan kos penginapan di tanah suci Mekah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan terpaksa menaikkan kos mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim akan datang dan pihaknya sedang mempertimbangkan kewajaran kenaikan tersebut.

Katanya, jika benar berlaku, kenaikan itu akan mengambil kira dan menjaga kepentingan semua pihak terutama para jemaah serta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH).

“Saya mengharapkan kalau berlaku kenaikan sekalipun ia tidak membebankan jemaah haji.

“Saya rasa jemaah haji dalam konteks yang ada sekarang amat memahami bahawa di rantau sebelah ASEAN, kita mengenakan harga paling rendah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Aidilfitri dan Penyampaian Sumbangan 2010 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini hari ini.

Jamil Khir berkata, pengurusan TH sedang melaksanakan kajian kenaikan kadar menyeluruh tambang haji tahun hadapan melibatkan pelbagai sudut dan aspek.

Katanya, kajian itu perlu dilakukan kerana kenaikan kos penginapan dan tempat tinggal para jemaah di sana selain kos bagi proses pembesaran Masjidil Haram serta kemudahan lain yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Jentayu Emas Wrote:

Ada filem yang menyentuh tentang kerinduan hamba Allah untuk memenuhi panggilan Nya pergi ke tanah suci menunaikan ibadah haji, Emak Ingin Naik Haji yang banyak dimainkan di pawagam-pawagam di Indonesia sekitar 2009.

Mengapa filem ini popular - saya rasa kerana pendekatan ceritanya dengan realiti yang kita hadapi hari ini. Hampir semua muslim / muslimah yang mentaati perintah Allah SWT pasti merindukan  untuk menunaikan haji.

Seperti kisah Emak di filem tersebut, meskipun pada akhir filem beliau mampu menunaikan haji melalui perantaraan nazar anak jirannya - namun dia telah berusaha sekuat tenaga dan dengan jerih payahnya sendiri untuk menyediakan kecukupan kewangan untuk menunaikan haji.

Masalahnya ialah majoriti masyarakat kita pada hari ini tidak menyedari hambatan inflasi terhadap matawang telah melambatkan usaha suci murni untuk menunaikan haji ini.

Si Emak dalam filem tersebut di atas mengungkapkannya dengan sangat baik: kalau setahun dia hanya boleh mengumpul 1 juta, 5 tahun 5 juta, maka dia baru boleh pergi haji pada usia 86 tahun - yang pada saat itupun wangnya masih belum mencukupi lagi untuk menunaikan ibadat haji kerana kos mengerjakan haji telah naik dari masa ke semasa ketika  itu.

Mekanisme simpanan berasaskan dinar emas bagi jemaah haji, contohnya, perlu dikaji mendalam dan boleh diwujudkan bagi menjamin simpanan jemaah haji agar tidak susut nilai oleh spekulasi dan manipulasi sistem mata wang dunia.Mekanisme seumpama ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di Indonesia di bawah kelolaan ONH (Ongkos Naik Haji) seketika.


Sumber dari Dinar Islam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Imam Khalifah Agung PSSGM

NAJIB Tun Razak bersama sebahagian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia melaungkan 1Malaysia selepas menerima Anugerah Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi yang membawa gelaran Imam Khalifah Agong PSSGM Kebangsaan di Kuala Lumpur,


AMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dianugerahkan sandang Mahkota Agong Seri Bintang Pelangi yang membawa gelaran Imam Khalifah Agung oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) dalam majlis penuh istiadat di sini, semalam.


Penganugerahan itu menjadikan Najib sebagai individu ketiga pernah menerima anugerah sedemikian selepas Sultan Perak, Sultan Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar dan bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein.


Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa terharunya kerana kesediaan PSSGM menganugerahkan sandang berkenaan kepadanya.


Menurutnya, ia adalah satu penghormatan kepadanya yang juga menerima penganugerahan seperti dimiliki bapanya sebelum ini.


“Mudah-mudahan dengan penganugerahan ini dapat saya membantu dan menyumbang ke arah kejayaan Silat Seni Gayong.


“Saya ingin melihat Silat Seni Gayong berjaya dan menjadi pemangkin kepada penyatuan bangsa Melayu di negara ini,” katanya.


Penganugerahan berkenaan diberikan kepada Perdana Menteri sempena majlis Perhimpunan Perdana Gayong Malaysia di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang turut menghimpunkan kira-kira 3,000 ahli silat pertubuhan berkenaan.


Hadir sama Penaung Agung PSSGM yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Pesilat), Eddy Nalaprya dari Indonesia dan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib.


Pada majlis itu juga, PSSGM menganugerahkan Seri Mahkota Agung Relang Pelangi yang membawa gelaran Timbalan Imam Khalifah Agung kepada Mohamad.


Najib turut mengumumkan pihaknya berpegang kepada janji untuk membantu pengamal persilatan dengan bersetuju membantu pembinaan Wisma Gayong Malaysia di tapak yang dikenal pasti di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.


Orang Melayu diingatkan bahawa kuasa politik yang diperoleh mereka menerusi pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah senjata paling tajam yang perlu dipertahankan supaya tidak terlepas ke tangan orang lain.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan terhadap BN adalah penting kerana ia satu-satunya parti yang benar-benar berjuang atas landasan bangsa, agama dan tanah air.

"Ingatlah bahawa senjata yang paling tajam sekali bukan keris, sebaliknya adalah kuasa politik di tangan kita.

"Sebab itu, pesanan oleh pengasas Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Mohd. Hashim satu ketika dahulu adalah 'kalau ada dulang jangan biar ia terhempas, kalau ada kuasa jangan biar kuasa ini terlepas ke tangan orang lain.'

"Inilah asas kepada segala-galanya. Selagi ada kuasa, insya-Allah ada esok lagi untuk kita semua. Sebab itu, rapatlah barisan kita, masuklah dalam barisan dan teruskan perjuangan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gayong Perdana 2010 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri PSSGM yang dihadiri kira-kira 5,000 ahli pertubuhan itu di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Penaung Agung PSSGM Kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua pertubuhan itu, Datuk Adiwijaya Abdullah.

Dalam pada itu, Najib menggesa supaya segala nilai-nilai murni dalam amalan persilatan termasuk yang diterapkan oleh PSSGM dijadikan wadah dan pemangkin untuk mewujudkan bangsa Malaysia maju pada abad ke-21.

Menurut Perdana Menteri, perkara sama telah dibuat oleh masyarakat Jepun sebelum ini apabila menggunakan kod prinsip-prinsip moral pahlawan Samurai yang dikenali sebagai 'bushido' bagi mewujudkan bangsa yang berjaya.

"Abad ke-21 bukan abad yang mana kekuatan tentera merupakan kuasa yang dapat kekal selama-lamanya, sebaliknya kejayaan sesuatu tamadun ini adalah berdasarkan kepada kekuatan minda dan nilai.

"Kita juga tidak boleh berjaya sebagai sebuah bangsa atas semangat atau laungan semata-mata. Untuk maju, semua pihak termasuk pengamal seni silat perlu tahu hala tuju dan landasan perjuangan mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, pengamal seni silat termasuk ahli-ahli PSSGM boleh dianggap sebagai barisan ketiga pertahanan yang sanggup berkorban dan menyumbang untuk mempertahankan kedaulatan negara jika diserang musuh.

Beliau menjelaskan, barisan pertama pertahanan negara adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala barisan kedua adalah Askar Wataniah.

"Hari ini apabila saya melihat anak-anak muda di hadapan saya ini, ia seolah-olah saya berhadapan dengan sebuah angkatan anak-anak Melayu yang sudi menghadapi apa juga yang mungkin mencabar kedaulatan negara," katanya.

Pada majlis itu, Najib dianugerahkan sandang tertinggi PSSGM yang membawa gelaran 'Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi', sekali gus menjadikan beliau sebagai 'Imam Khalifah Agung' kepada kira-kira tiga juta ahli pertubuhan berkenaan di seluruh negara.

Tokoh terakhir yang menerima anugerah itu sebelum ini ialah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Anugerah sandang itu tergolong di dalam susunan sandang kehormat PSSGM yang hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu, pemimpin tertinggi negara atau negeri bagi melambangkan ketaatan ahli silat seni gayong kepada kepimpinan sedia ada.

Najib dalam ucapannya turut melahirkan perasaan terharu diberikan anugerah itu yang disifatkan sebagai penghormatan besar terhadap dirinya.

Dr. M perjelas guna dinar emas



KUALA LUMPUR 14 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, cadangannya mengenai penggunaan dinar emas yang dibuatnya sembilan tahun lalu adalah demi memastikan Malaysia serta negara membangun lain bebas daripada manipulasi penyangak mata wang dunia.



Beliau berkata, prosedur penggunaan dinar emas dalam aktiviti perdagangan dua negara perlu dilakukan dengan simpanan mata wang emas tidak dibuat dalam bentuk syiling, sebaliknya bata atau jongkong emas yang nilainya ditentukan mengikut harga emas dalam pasaran.


Dalam entri blognya, http://chedet.co.cc hari ini, beliau memberitahu, bayaran untuk dagangan kedua-dua negara itu pula dibuat oleh bank pusat masing-masing setelah nilai eksport dan import tersebut dihitung.

"Jika (jumlah) import melebihi eksport, negara berkenaan akan membayar dengan nota kredit bersamaan jumlah nilai emas.



"Jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara berkenaan melebihi nilai import, maka bayaran untuk lebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan lepas," katanya dalam entri bertajuk Dinar Emas 2.


Penjelasan Dr. Mahathir itu dilihat sebagai menjawab dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa baru-baru ini yang mendakwa idea penggunaan mata wang itu dipolitikkan Kerajaan Pusat.


Pada 12 Ogos lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham dikeluarkan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin selepas itu pula berkata, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak oleh kerajaan Kelantan boleh mengakibatkan lebih 1,000 pengusaha kedai dan restoran di sana berdepan risiko seperti ditipu.


Katanya, risiko itu wujud akibat sebahagian besar peniaga serta pengguna tidak mahir membezakan di antara dinar emas dan dirham perak tulen dengan yang palsu.


Dr. Mahathir seterusnya menegaskan, penggunaan dinar emas di pasaran antarabangsa menjamin
transaksi dagangan tidak dibayar dengan emas walaupun ia menentukan nilai barangan yang didagangkan.

"Jika nilai import adalah sama dengan eksport, bayaran tidak perlu dibuat. Ia menjadi dagangan secara barter (tukar barang).

"Dengan menggunakan emas untuk menentukan nilai dagangan, Dolar Amerika yang jelas tidak stabil, tidak perlu digunakan lagi. Permainan oleh penyangak mata wang juga akan terhenti," katanya.

WELCOME MAIN KIOSK DINARFIRST JAKARTA



Alhamdulillah with the idhin of Allah, to all muslim in Indonesia, Malaysia, Brunei, Pakistan Thailand, Burma, Philippine and everyone who happen travelling to jakarta, We are please to annouce that we are open the KIOSK DINARFIRST UTAMA JAKARTA (KDF centre), its called DinarDirhamDaniq.



KDF Utama Jakarta will serving all the muslim in Jakarta, Bogor, Tangerang, Bekasi and Depok for : Opening account of Dinarfirst and Titipan Dinarfirst, Buying And Selling Dinar Dirham and Daniq, Join Dinarfirst Saudara (Saudagar Nusantara) – bussiness, merchants, islamic open market and trading network and more, please feel free to contact this address:




KDF UTAMA JAKARTA (CENTRE)


DINARDIRHAMDANIQ


al Wakil: Tedi S. Muslih


GEDUNG GRAHA PC24


Kompleks Ruko Kebayoran Centre


Blok A No.5 (Samping Koran TEMPO)


Jl.Raya Kebayoran Baru


VELBAK MAJESTIK Jakarta Selatan.


Ph.021.7250439 -7200986 -7223411


Mobile. +62818887224







Saranan Tun Dr.Mahathir tumpu DDI tepat - Datuk Seri Ismail Sabri



KUALA LUMPUR 30 Sept — Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan perlu memberi tumpuan kepada pelaburan domestik (DDI) untuk memastikan hasrat menjadi negara maju menjelang 2020 tercapai adalah tepat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana kebergantungan yang melampau kepada pelaburan langsung asing (FDI) akan memberi kesan apabila rakan dagangan mengurangkan import.
"Itu memang betul...kalau kita bergantung kepada orang luar dan kalau mereka tak datang invest dalam negara kita akan menghadapi masalah. Jadi kita memang bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Transformasi Ekonomi IKS Nasional, di sini hari ini.
Beliau berkata, perkara itu berlaku baru-baru ini ketika dunia mengalami kemelesetan ekonomi menyebabkan negara luar mengurangkan pelaburan dan import mereka dari negara ini.
Semalam, ketika berucap pada sesi penutup Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2010, Dr. Mahathir yang melahirkan kebimbangannya mengenai kemampuan Malaysia mencapai Wawasan 2020 menyarankan agar kerajaan menukar strategi dengan menumpukan kepada pelaburan langsung domestik.
Matlamat Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada 1992 adalah untuk menukar Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. — Bernama