Monday, January 31, 2011

‘Di Atas Runtuhan Kota Melaka, Kita Dirikan Putrajaya’

DI ATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA
KITA DIRIKAN PUTRAJAYA

Demikian gema gempita semangat merdeka

Kuasa sudah pada kita
Ayuh kita hiasi wajah bangsa
Dengan jurai-jurai kilauan permata


Kian jauh menyelusuri zaman merdeka

Kita jadi semakin mengerti
Semata-mata kuasa di tangan bukan petanda bangsa berjaya
Kemiskinan, kedaifan, kejahilan dan peluang tersia-sia
Mendamparkan bangsa itu
Pada taman asing yang mereka pertuankan
Yang lain pula menjadi gelojoh
Oleh runtuhan haloba segalanya mereka rempoh
Mengganggap diri mereka panglima belantara
Pada musim kemarau nurani
Embun serta keringat merdeka tidak lagi sudi menitis

Melayu tidak belajar dari sejarah 450 tahun terjajah

Mewarnakan sejarah mereka
Dengan dendang dan hibur hati bangga
Tentang ceritera dongeng yang mereka cipta

Yang remeh itu utama

Yang utama itu remeh
Yang kecil dialamkan
Yang alam dihamakan

Melodi ceritera yang sungguh mengasyikkan

Kata mereka � Takkan Melayu Hilang Di Dunia�
Sambil menggigit jari jemari
Mereka pun menjadi kuli di negaranya sendiri
Lama sudah runtuhnya Kota Melaka

Kita tidak kembalikan kota itu dengan papan di Jawa

Pun tidak kita bina tugu ingatan
Di Prang Besar kita tiada selera berperang
Dengan tangan-tangan halus arkitek anak watan
Dengan iringan doa dari rekahan bibir

Petani di bendang

Nelayan di lautan
Di sini kita bina mercu tanda bangsa

Suatu gergasi megacity

Suatu jaringan yang menjangkau seluruh jagat
Suatu taman himpunan segala bau-bauan jutaan flora
Suatu simbiosis insan dan alam

Kita namakan sempena nama bapa putranegara


Putrajaya

Lambang negara bangsa merdeka
Di mercu ini kita zahirkan senibudaya bangsa
Dengan segala kelazatan muzik alam
Serta hidangan dan hamparan seni taman
Bersih, indah ,tertib ,teratur
Adunan tamadun tinggi
Jumlah segala cita-cita dan harapan
Membongkar segala-gala yang telah hilang
Dan kita tidak payah mengambil nyawa sendiri
Untuk menebus maruah itu

Dari sini kita menyusun langkah dengan yakin

Membina bangsa dengan cara kita
Bangga dengan apa yang ada
Menghadapi cabaran dengan segala ketahanan
Cukup tangkas menangkis dari menjadi korban kali kedua

Putrajaya

Lambang negara bangsa merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka



Y.A.B. DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

PERDANA MENTERI MALAYSIA
29 Ogos 2001
Sempena Pesta Puisi Patriotik 2001
Di Taman Putra Perdana
Putrajaya



Putrajaya bukan sahaja menjadi Pusat Pentadbiran Persekutuan, malah mempamerkan kreativiti, teknologi , seni budaya, waridsan dan kecantikan semula jadi.

Kini, namanya bukan sahaja dikenali oleh rakyat Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Pembangunan Putrajaya telah menyerlahkan kemampuan anak watan membina sebuah Bandaraya Berwawasan yang mempunyai identiti tersendiri dan dikagumi dunia.

Kawasan estet Prang Besar.

Mengimbas kembali pembentukan Putarajaya, ia bermula dengan idea Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang keempat untuk mewujudkan pusat pentadbiran kerajaan di luar Kuala Lumpur pada pertengahan 1980-an.

Pada 2 Jun 1993, Kabinet telah meluluskan Prang Besar di Sepang sebagai tapak pembangunan tersebut. Pada 22 Februari 1994, Kabinet meluluskan pelan induk pusat pentadbiran baru Kerajaan Pusat.

Lapan bulan kemudian, nama Prang Besar ditukar kepada Putrajaya sebagai menghormati Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Kawasan estet Prang Besar.

Sejarah baru tercipta pada tanggal 10 September 1996 apabila Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu, melakukan pecah tanah bagi Presint Kerajaan dan diikuti pelancaran Putrajaya sebagai bandar raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 8 Oktober 1997.

Ia juga menjadi sejarah kepada Putrajaya kerana menjadi pejabat kerajaan pertama beroperasi di Kompleks Pejabat Perdana Menteri pada 31 Mei 1999.

Dr. Mahathir yang ketika itu masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri secara rasmi memulakan tugas di pejabat baru pada 21 Jun 1999.

Pada 11 Disember 2000, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2000 bagi membolehkan Wilayah Persekutuan Putrajaya ditubuhkan.

Putrajaya diisytiharkan dengan rasminya sebagai Wilayah Persekutuan yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan pada tanggal 1 Februari 2001 oleh Dr. Mahathir di Dataran Perdana, Putrajaya.

Dengan cetusan idea Dr. Mahathir, Putarajaya kini tersergam indah. Tidak keterlaluan jika dikatakan betapa Putarajaya dianggap antara mercu tanda terbaik dalam landskap peta dunia.

Bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

Dahulunya ia hanya kawasan ladang getah dan kelapa sawit yang terpencil, kini Putarajaya berubah wajah, sekali gus menjadi mercu tanda negara selaras dengan aspirasi Wawasan 2020 yang diilhamkan Dr. Mahathir.

Kehebatan Putarajaya bukanlah terletak kepada bangunan pencakar langit, sebaliknya setiap binaan ada kehebatannya dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri seperti reka bentuk tradisional dan Islam.

Bangunan Perbendaharaan Malaysia.

Putrajaya bukan sekadar sebuah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan tetapi juga merupakan sebuah bandar raya terancang yang menjanjikan kehidupan lebih selesa dan berkualiti kepada penduduknya.

Turut dikenali sebagai bandar raya pintar dalam taman, Putrajaya juga mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi warga tempatan mahu pun pelancong dari luar negara. Antaranya;



• Perdana Putra

Bangunan Putra Perdana terletak pada aras tertinggi di Presint 1 dan dapat dilihat dengan jelas dari Tasik Putrajaya. Reka bentuk bangunannya menggabungkan elemen reka bentuk Mogul-Islam.

Struktur batu berwarna semulajadi dengan bumbung dan kubah berbentuk bawang yang berwarna kehijauan serta dikelilingi kubah kecil. Yang jelas, Perdana Putra dilabel sebagai salah satu daripada pembangunan mercu tanda Putrajaya.



• Seri Perdana

Seri Perdana sebagai kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia sekarang dan pada masa akan datang sering digunakan untuk sambutan dan jamuan rasmi.

Seri Perdana terdiri daripada tiga blok utama. Blok kediaman rasmi dikhaskan untuk Perdana Menteri dan keluarganya.

Reka bentuk Islam dan Melayu mendominasi pembinaan Seri Perdana, namun bangunan ini turut menggabungkan elemen barat dan kontemporari bagi menggambarkan keterbukaan Malaysia terhadap dunia luar. Seri Perdana turut menzahirkan tujuh zon landskap bagi menarik tumpuan para pengunjung.



• Masjid Putra

Masjid Putra mempunyai kubah berwarna merah jambu. Ia terletak di sebelah barat di tepi Tasik Putrajaya, sekali gus memperlihat kedudukan masjid seperti dalam keadaan terapung.

Dinding di sebelah bawah masjid ini menyerupai Masjid Raja Hassan di Maghribi.

Masjid Putra mengandungi tiga ruang utama iaitu ruang sembahyang, kawasan lapang yang dikenali sebagai Sahn dan kemudahan untuk pendidikan dan pelaksanaan majlis rasmi. Masjid ini boleh menampung 15,000 jemaah dalam satu masa serta menempatkan galeri bilik kenamaan, perpustakaan serta muzium manuskrip al-Quran, auditorium, ruang pameran dan bilik seminar.



• Istana Melawati

Istana Melawati dibina untuk kediaman Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tempat mesyuarat Majlis Raja-raja selain digunakan untuk acara rasmi dan lawatan peribadi mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ia terletak di Presint 1 di atas Taman Putra Perdana. Ciri unik seni bina istana ini ialah terdapat bumbung pyramid yang berasaskan segi empat sama dan seni bina tropika Melayu berkonsepkan bumbung limas (bumbung perabung lima).



• Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC)

Sekali pandang, PICC kelihatan seperti sebuah kapal angkasa. PICC yang dibina bagi tujuan menganjurkan konvensyen, pameran atau acara persendirian berbentuk wau bulan dan pending perak (kepala tali pinggang berwarna perak diraja) dengan dewan utamanya dalam bentuk mata pending perak. Jumlah keseluruhan kawasannya ialah 135,000 meter persegi dengan sembilan tingkat.

Di PICC terdapat tiga dewan iaitu Dewan Plenary, Dewan Bankuasi dan Dewan Ketua Negara. Sebagai tambahan, terdapat dua tingkat tempat meletak kenderaan dengan 1,200 ruang parkir.



• Dataran Putra

Dataran Putra merupakan hiasan di tengah-tengah Putrajaya yang dihubungkan dengan bangunan Perdana Putra. Dataran ini direka bentuk sebagai dua bulatan berpusat dikelilingi oleh Taman Putra Perdana.

Dataran Putra terbentuk daripada 11 penjuru bintang yang melambangkan 11 negeri Tanah Melayu ketika Negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Ini diikuti dengan 13 penjuru bintang yang melambangkan 13 negeri yang membentuk Malaysia pada 1963. Seterusnya ia menampilkan 14 penjuru bintang yang merangkumi tambahan Wilayah Persekutuan.



• Monumen Alaf Baru

Monumen Alaf Baru atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Tugu Millenium adalah monumen yang pertama didirikan di Putrajaya.

Monumen ini bertindak sebagai alat bagi generasi muda memahami sejarah awal negara, pengorbanan dan kisah kejayaan pemimpin tempatan selain membangkitkan semangat generasi muda untuk mencapai kegemilangan pada masa akan datang.

Monumen yang berbentuk bunga raya ini terletak di Presint 2 di kawasan taman seluas 25 hektar. Ia berketinggian 68 meter dan tiga tiang utamanya mempunyai lilitan yang berbeza, berukuran dari 3 meter di tapak, empat meter di tengah dan tajam di penghujungnya.



• Boulevard Putrajaya

Boulevard Putrajaya juga dikenali sebagai jalan berhias. Ia merupakan laluan pejalan kaki yang menghubungkan lima presint utama yang terletak di Kawasan Utama (Core Area). Boulevard Putrajaya selebar 100 meter dan terdapat empat buah dataran iaitu Dataran Kawasan, Dataran Putrajaya, Dataran Rakyat dan Dataran Gemilang.

Panjangnya ialah 4.2 kilometer merentangi dari arah utara hingga selatan Putrajaya. Boulevard Putrajaya sering digunakan bagi mengadakan perayaan Hari Kebangsaan, pesta keramaian, pertunjukan kebudayaan serta perarakan.



• Taman Wetland

Taman Wetland menempatkan Pusat Penghayatan Alam, Menara Pandang Jauh, kawasan perkelahan serta tapak semaian Wetland. Wetland Putrajaya merangkumi kawasan seluas 162 hektar yang meliputi 24 sel Wetland.

Terdapat 70 spesis tumbuhan wetland asli telah disemai di Tamai Semaian Wetland Putrajaya. Juga terdapat 24 spesis ikan air tawar tempatan dilepaskan bagi meningkatkan kepelbagaian biologi sel-sel Wetland ini.



• Taman Botani

Taman Botani menawarkan suasana yang tenang dan nyaman kepada para pengunjung. Ia merupakan taman terbesar seumpamanya di Malaysia dengan kawasan meliputi 92 hektar dan mengandungi pokok dan tanaman yang jauh lebih banyak boleh dilihat di lain-lain taman botani.

Taman ini mengandungi tiga komponen iaitu bunga-bungaan, pohon hiasan dan pemeliharaan serta penyelidikan. Taman Botani menempatkan lebih 700 spesis tumbuhan tempatan dan juga dari 90 buah Negara luar termasuk Asia Pasifik dan Afrika.



• Taman Warisan Pertanian

Taman Warisan Pertanian mempamerkan pembangunan pertanian di Malaysia yang mengandungi banyak tanaman tradisional seperti getah, koko, kelapa sawit, buah-buahan, herba dan rempah-ratus.

Antara kemudahan dan tarikan yang terdapat di sini ialah Kompleks Pelawat, Trek Herba dan Rempah-Ratus, Dusun, Plot Konal getah dan Anjung Tinjau. Para pelawat juga berpeluang melihat, menikmati, menyentuh, mencium dan mempelajari tentang lebih daripada 70 tanaman di Taman Warisan Pertanian.



• Cruise Tasik Putrajaya

Tasik Putrajaya seluas 400 hektar terbentuk ditengah-tengah Putrajaya. Ia merupakan sebuah tasik yang boleh dinikmati dengan menaiki bot bagi menyaksikan keindahan dan keajaiban yang ada di sekeliling tasik ini.

Cruise Tasik Putrajaya menawarkan konsep pelayaran unik dari segi konsep dan reka bentuk bot dengan tiga pilihan iaitu Perahu Dondang Sayang, Passanger Cruise Boat (Belimbing) dan Dining Cruise Boat (Daun).



• Jambatan

Bagi menghubungkan kawasan-kawasan di Putrajaya dengan cukup fleksibel, lapan buah jambatan yang unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri telah direka bentuk bagi memberi gambaran serta nilai estetika yang melambangkan kebudayaan tempatan. Lapan buah jambatan tersebut ialah Jambatan Putra, Jambatan Seri Perdana, Jambatan Seri Bakti, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Seri Wawasan (gambar di atas), Jambatan Seri Bestari, Jambatan Seri Setia dan Jambatan Seri Saujana.

Tun Dr. Mahathir Mohamad Explains the Concept of Malay Solidarity to UiTM Students


“What if Malays in the 1940s were not united and Malayan Union became a reality?” asked Tun Dr. Mahathir Mohamad to Universiti Teknologi MARA’s (UiTM) staff and students during the “Seminar Bangsa: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa”, jointly organised by Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) of UiTM and Yayasan Pembangunan Insan on 6th January 2011. One the objectives of the Seminar was to expose to Malay solidarity issues to the UiTM community particularly the students.

Among the audience attending the Seminar

Tun Dr. Mahathir Mohamad, the fourth Prime Minister of Malaysia and the Honorary President of the Perdana Leadership Foundation then narrated the historical perspectives of Malay unity from his point of views and asked the audience to visualise what would have happened today if Malayan Union was carried out in 1946. He went on to say that MARA, let alone UiTM would not be established because the country would be in similar situations like Singapore where meritocracy is being practised and the Malays would not be able to compete with other races or to stand on their own despite being the majority in the country.

During question and answer session

Following the keynote speech was a dialogue session with the audience and among the questions asked were on his opinion on the New Economic Model (NEM) and how to become a successful “Bumiputra” especially in the private sector. Before the programme ended, Tun Dr. Mahathir Mohamad reminded university students to appreciate opportunities given by the government, whether in the form of scholarships or other financial aids to fund their studies instead of getting busy with politics. He further advised students who are interested to join politics to postpone it until they have graduated and earned their own incomes as it would be wasteful if the students neglected their studies and busied themselves with political matters.

During press conference

Majlis CERAMAH PERDANA PERKASA

Majlis CERAMAH PERDANA PERKASA, Hari Sabtu 
05 Feb.2011 Jam 02.00 Petang 
di Dewan Dato' Seri Amar Diraja, Kemaman,Terengganu.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Monday, January 24, 2011

MEDIUM OF TEACHING - YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad




1. In an interview by Nanyang Siang Pau, I pointed out that there is no country in the world, except Malaysia where the Government allows and pays for schools which use a foreign language for teaching in schools meant for a community whose ancestors came from a foreign country.

2. A NSP reader claims that I was wrong because in many countries the Chinese language is taught and are spoken.

3. May I point out that there is a difference between teaching in a foreign language and learning (and speaking) a foreign language. I was referring to teaching (medium of instruction) in a foreign language not learning a foreign language. Learning a foreign language is usually not only permissible but encouraged.

4. The claim that in Thailand there are schools which use Chinese as the medium of teaching is not correct. There are International schools which do not use the Thai national language but they are not funded by the Government. Similar international schools to cater for expatriates are found in many countries including in Malaysia. Some nationals also go to these schools. But they are not like the Chinese and Tamil schools in Malaysia which are Government funded schools.

5. Even in Singapore there are no Government funded schools where the medium of instruction is Chinese or Tamil. But the students must learn another language other than English, which is the medium of teaching in Singapore.

6. Incidentally the policy of the Singapore Government to use English as a teaching medium rather than Malay, Chinese or Tamil has not resulted in it being accused of being anti-Chinese, anti-Tamil or anti-Malay.

6. Nationally the national language of predominantly Chinese Singapore is Malay but Chinese, Tamil and English are also official languages which are taught and may be used instead of English.

7. If anyone wishes to refute what I state here, they are welcome. But they must provide evidence to show that I am wrong.

Friday, January 21, 2011

'PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK'



'PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK' akan diadakan pada:26 hb Febuari 2011, Jam-3.00 Petang, bertempat di Pulau Dato' Sagor, Kg Gajah, Pasir Salak, Perak
Ucaptama oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad "Melayu Bangkit di Pasir Salak' 10,000 umat Melayu dijangka hadir,

Thursday, January 20, 2011

Perluas pelaburan domestik - YBhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad


Dr. Mahathir Mohamad diiringi Mohd. Khalil Yaakob (kiri) dan Mohd. Ali Rustam ketika tiba pada Majlis Ceramah Malaysia Maju 2020 di Ayer Keroh, Melaka, semalam.






MELAKA 19 Jan. - Kerajaan perlu memberi ruang kepada pelaburan domestik untuk merangsang ekonomi negara berbanding terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelaburan domestik dilihat mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara berdasarkan keupayaan banyak syarikat tempatan pada masa ini.
"Saya kenal pasti sekurang-kurangnya 14 syarikat tempatan yang berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa.
"Dan, jika syarikat ini diberi peluang untuk pelaburan domestik sudah pasti kita tidak lagi perlu bergantung kepada FDI untuk melihat pertumbuhan ekonomi negara berterusan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Malaysia 2020' di Philea Resort & SPA, Ayer Keroh di sini hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim; isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman.
Majlis tersebut turut dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada wakil-wakil dari 28 Dewan Undangan Negeri (DUN), parti komponen Barisan Nasional (BN) dan agensi swasta.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu membantu syarikat tempatan dengan memberikan pengecualian cukai bagi menggalakkan penglibatan banyak syarikat tempatan dalam pelaburan domestik.
"Jika kerajaan boleh memberi pengecualian cukai kepada FDI mengapa tidak ia turut diberikan kepada syarikat tempatan," ujarnya lagi.
Langkah itu, kata Dr. Mahathir, bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada FDI dalam merangsang ekonomi negara tetapi mampu mencapai matlamat Wawasan 2020.
Wawasan itu, katanya, mampu dicapai jika semua pihak termasuk rakyat dan pemimpin perlu bekerjasama untuk meningkatkan taraf hidup selain memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Bagi negeri-negeri yang belum mencapai status negeri maju, beliau berkata, mereka perlu lebih agresif untuk memajukan aset yang terdapat di negeri masing-masing.