Saturday, February 5, 2011

Artikel Kebangkitan Dinar Emas: Bersediakah Dinar Mengambil Tempat Wang Kertas?




Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Sebuah penulisan artikel telah dikeluarkan oleh pihak Jentayu Emas Research Group telah diterbitkan oleh pihak MMP melalui Majalah Milinea Muslim Keluaran Februari 2011. Artikel tersebut telah digarap oleh Muhamad Nizam Shaidon dan Sheikh Shahruddin Sheikh Salim bertujuan memberi pandangan berkaitan Dinar. Selamat membaca.

Di antara isu yang disentuh

Ada masyarakat yang membeli dinar semata-mata untuk digadaikan ke Ar-Rahn dan duit pinjaman tersebut digunakan untuk membeli dinar lagi dan pajak lagi. Kitaran roda ini berpusing beberapa kali dengan harapan untuk mendapat hasil laba yang tinggi. Individu sebeginilah yang merosakkan sistem kewangan Islam.

Sinopsis

BANYAK usaha memperkenalkan dinar dilakukan dan sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kerana menjadi satu-satunya negara yang amat tekun dan istiqamah di dalam meneruskan usaha menegakkan pemahaman mengenai dinar baik dari pihak Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, pertubuhan yang cintakan dinar mahupun orang perseorangan.

Isu dinar adalah satu isu yang amat besar, malah rumit serta sensitif kerana ia berkait rapat dengan maruah dan hukum-hakam agama dalam urusan muamalat Islam. Seperti kita sedia maklum, dinar atau wang sunnah adalah tuntutan agama bagi umat Islam.
Kebelakangan ini, pelbagai pihak menganjurkan perbincangan, seminar dan persidangan ke arah penggunaan dinar sebagai mata wang sejagat. Wang kertas adalah 'legal tender' yang dijadikan sebagai alat pengukur ke atas nilaian sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti ekonomi.

Dinar dan dirham dikatakan mata wang kalis inflasi dan menjadi instrumen penyimpan nilai terbaik bagi melindungi kejatuhan nilai mata wang yang mendadak kesan daripada pada serangan spekulator mahupun akibat peperangan. Persoalannya sekarang, sudah tibakah masanya dinar bertindak sebagai mata wang bagi menggantikan wang kertas ke arah sistem yang lebih adil dan bebas riba? Sebelum menjawab persoalan tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami terlebih dahulu


Friday, February 4, 2011

Pantun Laksamana


Lenggang bertapak seni memandang,
Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa
 

Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala;
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.

Anak Cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.

Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.

Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah.

Wednesday, February 2, 2011

Mahathir mahu bukan Melayu terima hakikat Malaysia ’Tanah Melayu’



KUALA LUMPUR, 1 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia mesti mengakui bahawa negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.


Bekas perdana menteri berkata nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.

Malah Dr Mahathir juga menekankan,bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional.
Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata, masyarakat Cina dan India mesti mengutamakan kepentingan negara berbanding soal kaum dan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu beliau yang juga bekas presiden Umno menambah, jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigiran ke negara ini.

Dr Mahathir berkata, kesemua kaum mesti menerima bahawa mereka Bangsa Malaysia — elemen yang penting untuk membolehkan kerjasama yang lebih baik daripada mereka yang berlainan kaum dan menjamin masa depan negara ini.
Beliau juga menambah, orang Melayu akan merasakan kurang terancam jika semua di negara ini menerima konsep Bangsa Malaysia.

“(Bekas presiden Filipina Corazon) Cory Aquino adalah Cina tetapi beliau menganggap dirinya rakyat Filipina. (Bekas perdana menteri Thailand), Thaksin Shinawatra adalah Cina tetapi beliau bercakap dalam bahasa Thai dan hidup dalam budaya masyarakat Thai.
“Tetapi keadaan berbeza di Malaysia. Kita masih memperkenalkan diri kita mengikut kaum. Itu sebabnya persoalan mengenai kaum terus menghantui kita,” kata beliau pada majlis wacana “Kaum Melayu dan Masa Depan” di Memorial Tun Hussein Onn Memorial di sini.
Kata beliau, program-program afirmatif kaum seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih lagi penting memandangkan orang Melayu masih lemah dari segi ekonomi.
Kata beliau, orang Melayu kemungkinan berhadapan dengan risiko kehilangan negara ini tanpa dasar-dasar tindakan afirmatif.

“Apabila kita lemah bermakna kita akan kehilangan kuasa, meskipun kita ada perdana menteri (kalangan orang Melayu) tetapi kita tidak ada lagi sebarang kuasa, sebab kita bergantung pada yang lain,” katanya.
Sebelum ini Dr Mahathir dikritik kerana pernah memperlekeh pihak yang mengetengahkan idea mengenai meritokrasi, dengan mendakwa mereka sebagai rasis dan mengecam orang Melayu yang menyokong pandangan sedemikian atas alasan mereka tidak bangga sebagai orang Melayu.

Dalam ceramahnya hari ini, Dr Mahathir berkata gagasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020 berbeza kerana beliau mahu mewujudkan satu identiti nasional yang bersifat inklusif.
“Apabila kita cakap mengenai 1 Malaysia, orang ramai bercakap mengenai kesaksamaan bagi semua kaum. Bagi Melayu ia bermakna menghapuskan sekolah-sekolah vernakular.
“Bagi orang CIna dan India pula, 1 Malaysia bermakna menghapuskan hak orang Melayu,” kata beliau.
Oleh itu kata beliau pentadbiran semasa mesti jelas dengan gagasan 1 Malaysia.

Wacana itu dianjurkan oleh Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan. Turut hadir Yang Dipertua Mubarak Wilayah Persekutuan Abdul Aziz Yassin, Setiausaha Mubarak Wilayah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad yang bertindak sebagai moderator wacana.
Dr Mahathir juga mengulangi bahawa masa depan bangsa Melayu akan terus lemah dan malap sekiranya kaum Melayu terus berpecah hanya semata-mata fahaman politik yang berbeza.
Beliau berkata bangsa Melayu kini dilihat berada dalam kedudukan yang lemah kerana sudah berpecah kepada tiga kumpulan politik iaitu Umno, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan agenda untuk memajukan masa depan mereka sukar dilaksanakan, walaupun kerajaan kini di bawah kepimpinan orang Melayu.
“Kita lihat sekarang Melayu lemah kerana sudah berpecah kepada tiga dan kerajaan yang dipimpin orang Melayu juga menjadi lemah dan tidak dapat bertegas dalam menyusun langkah dalam majukan masa depan kita.
“Ini keadaan sekarang dan tidak dapat tidak ia akan mempengaruhi masa depan kita,” katanya.
Dr Mahathir berkata kali pertama perpaduan Melayu di negara ini teruji ialah apabila berlakunya perpecahan yang menyaksikan wujudnya PAS, sebagai parti serpihan Umno.
“Tetapi kita masih mampu menguasai keadaan politik di dalam negara, tetapi sepertimana yang kita tahu, kemudiannya ramai daripada orang-orang yang kecewa (daripada Umno) telah menubuhkan parti dan kita lihat serpihan-serpihan lain berlaku seperti Semangat 46 dan PKR,” katanya.
“Masa kita miskin, lemah, tidak ada kedudukan, kita tahu hanya perpaduan yang akan memberi kita kekuatan. Tetapi hari ini, bila kita kaya sikit, ada yang perpendapat perpaduan tidak perlu lagi, kita lawan sesama kita,” katanya.
Katanya ada juga orang Melayu yang sudah terlalu yakin mempunyai keupayaan untuk berdiri sendiri sehingga menolak sebarang usaha kerajaan termasuk menerusi DEB yang diwujudkan untuk membantu mereka.
“Kita begitu sekali menganggap diri kita berkeupayaan, ada yang kata apa perlu ‘identify’ diri kita dengan Melayu, kita orang Malaysia, boleh tolak usaha untuk bantu kita. Kita hendak buang ‘tongkat’, hendak jalan atas kaki sendiri, tetapi kita tidak sedar kaki masih tempang,” katanya.

Perpecahan lemahkan Melayu - Tun Dr. Mahathir




KUALA LUMPUR 1 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, masa depan orang Melayu di negara ini boleh menjadi buruk sekiranya masalah perpecahan ekoran perbezaan fahaman politik tidak dapat diselesaikan.

Beliau berkata, hakikatnya perpecahan orang Melayu kepada tiga kumpulan hanya akan menjadikan kaum itu semakin lemah hingga satu peringkat sanggup memberi apa sahaja sama ada hak atau tidak kepada pihak lain bagi meraih sokongan.

Lebih malang lagi beliau berkata, orang Melayu terpaksa berhadapan dengan risiko kehilangan kuasa kerana pada masa itu pihak lain akan menguasai negara meskipun jawatan Perdana Menteri serta menteri masih berada di tangan kaum tersebut.

‘‘Semasa wujudnya rancangan British menubuhkan Malayan Union, orang Melayu sedar bahawa hanya melalui perpaduan sahaja yang dapat menghancurkan rancangan tersebut dan akhirnya mereka berjaya.

‘‘Namun begitu orang Melayu sudah berubah dan mereka berubah dengan mudah. Hakikatnya kita telah berpecah. Dahulu pejuang-pejuang kita bersatu untuk tuntut kemerdekaan tetapi sekarang keadaan seperti itu tidak lagi wujud,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam wacana mengenai Bangsa Melayu dan Masa Depannya anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan di Memorial Tun Hussein Onn, di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Pemangku Presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman.

Dr. Mahathir berkata, semua pihak harus sedar ketika orang Melayu bangun menentang British, mereka tiada kekuatan melainkan perpaduan yang sangat jitu antara mereka.
‘‘Pada zaman itu perpaduan menjadi senjata kita dan bukannya wang ringgit, kepandaian atau kekayaan. Akhirnya dengan adanya semangat perpaduan itu membolehkan kita menentang kuasa yang cukup besar,’’ ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai isu perpaduan dan kehilangan kuasa beliau berkata, ketika ini telah wujud kelompok Melayu yang tidak berkehendakkan perpaduan sesama mereka sebaliknya lebih bergantung kepada orang lain.
Beliau berkata, golongan itu juga berpendapat mereka juga tidak perlu lagi bergantung kepada inisiatif-inisiatif disediakan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana beranggapan telah ada pihak lain yang boleh membantu.
‘‘Ini akan memberi kesan kepada masa depan kita. Walaupun tidak mahu bergantung kepada DEB sebagai contoh tetapi kita bergantung pada orang lain. Ini bermakna kita bergantung juga. Sebabnya kita tidak mampu berdiri sendiri.
‘‘Mana lebih baik bergantung pada satu dasar yang dibentuk untuk memelihara kita atau terus bergantung kepada orang lain dengan harapan mereka pula akan memelihara kita,’’ katanya.
Realitinya beliau berkata, sekiranya orang Melayu bergantung pada pihak lain, lama kelamaan kaum itu akan hidup di bawah perintah mereka walaupun secara mata kasarnya pemerintahan masih dikuasai oleh pemimpin Melayu.
‘‘Secara tidak langsung kita menjadi bangsa yang lemah kerana berpecah-belah walaupun kita dipilih untuk memerintah negara ini tetapi kita sebenarnya tidak berkuasa kerana orang yang membantu kita akan mendesak kita menghormati pendapat mereka.
‘‘Saya sebenarnya khuatir jika kita jatuh kali ini kita akan jatuh dan tidak akan bangun lagi. Tidak seperti tahun 1946 kita jatuh tetapi boleh bangun kembali. Apa yang pasti masa depan atau maju mundur orang Melayu akhirnya bergantung kepada diri kita sendiri,’’ tambahnya.
Sementara itu, katanya, rakyat harus berani bertindak menjatuhkan pemimpin yang mengamalkan rasuah dalam pentadbiran mereka supaya negara tidak terus rosak di tangan golongan itu.

Dr. Mahathir berkata, ini kerana masa depan rakyat terletak di tangan pemimpin yang dipilih demi melahirkan bangsa Malaysia berjaya.
‘‘Inilah yang menjadi masalah apabila kita tidak berani menegur sekiranya kita dapati parti pemerintah dipenuhi orang yang tidak berani ditegur atau tidak suka ditegur disebabkan ada kepentingan tertentu.
‘‘Sebab itu ramai daripada kita menganggap parti yang memerintah 50 tahun ini sudah tidak relevan lagi kerana bukan sahaja pemimpin tertinggi malah peringkat pertengahan pun mengamalkan rasuah,’’ katanya.
Menurut Dr. Mahathir, sikap rakyat juga secara tidak langsung mempengaruhi perilaku pemimpin seolah-olah menyetujui segala tindakan mereka yang tidak bermoral itu.
‘‘Kita dapati orang kita ini terlalu baik walaupun mereka yang mengamalkan rasuah pun dapat layanan baik tanpa ada pengasingan,’’ katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, orang Melayu perlu menghapuskan nilai hidup yang merugikan dengan ke arah lebih berani, berdaya usaha serta menambah ilmu pengetahuan supaya mereka lebih dihormati.
‘‘Selagi ada nilai hidup yang merugikan seperti bersikap malas dan mengamalkan rasuah, orang Melayu tidak akan maju sehingga dia dihormati oleh orang lain,’’ katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin orang Melayu mempunyai kebolehan tetapi perlu diusahakan bagi mendatangkan hasil yang baik.
‘‘Saya sedih kalau orang kata Melayu tidak ada kebolehan tetapi mereka hanya perlu lebih berusaha,’’ katanya.

Simposium Dilema Melayu - Perspektif Dan Konklusi (12 Feb 2011, 9 am - 10pm, Dewan Merdeka PWTC),

 
Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed dijangka menyampaikan amanat penting kepada golongan muda berhubung matlamat dan kesudahan buku tulisan beliau 'The Malay Dilemma' (Dilema Melayu) pada 'Simposium Dilema Melayu : Perspektif dan Konklusi' anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI).
Tun Mahathir akan membuat satu konklusi berhubung buku tersebut sebagai penamat cerita bagi diperjelaskan pada generasi muda tentang apa yang lebih lanjut sebenarnya dibenak fikiran Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu.
Simposium 14 jam bermula 8.30 pagi dan berakhir 10.30 malam itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 12 Febuari 2011.
Dr. Mahathir akan mengupas dengan memperjelaskan matlamat dan kesudahan buku tersebut kerana sekiranya tidak ada kesudahan atau tamatnya cerita, generasi muda tidak akan dapat mengetahui yang lebih lanjut apa sebenarnya dibenak fikiran Dr. Mahathir itu.
Dr. Mahathir telah mengesahkan kehadirannya untuk memberi ucaptama bertemakan 'Dilema Melayu : Perspektif dan Konklusi' disamping itu simposium dianjurkan untuk memfokus bagi memperkasakan agenda umat Melayu dalam konteks dan kerangka Model Ekonomi Baru.
Dr. Mahathir juga dijangka akan memberi kejutan berhubung dilema Melayu bagi membolehkan golongan muda menilai kedudukan bangsa Melayu di negara ini disamping akan memberi pendapat dan pandangan tentang masyarakat terutama golongan muda Melayu untuk bangkit menyumbangkan tenaga mereka terhadap pembangunan masyarakat Malaysia.
Antara program ialah Bicara Orang-Orang Muda, Damping Kampus dan siri-siri bertemu masyarakat.
Orang muda tidak pasti serta keliru keadaan dan nasib orang Melayu masa kini. Melalui simposium ini, kita harap kekeliruan dan kekalutan pemikiran anak muda diterangkan, bagaimana harapan dan kehendak rakyat untuk mereka mempertahankan.
Apa yang menarik dalam program politik di simposium tersebut ialah kehadiran dua tokoh dari PAS dan UMNO akan bertemu membincangkan cabaran pimpinan orang Melayu pada masa akan datang.
Simposium 14 jam itu juga dijangka akan memberi satu garisan panduan dan titik mula untuk orang muda memikirkan apakah nasib anak Melayu yang harus dibela pada masa akan datang.
Diskripsi program simposium 14 jam itu bermula pada 8.30 pagi dengan ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamed bertajuk 'Dilema Melayu : Perspektif dan Konklusi' kemudian diikuti 'luncheon talk' oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bertema "Memperkasa Melayu Dalam Konteks Model Ekonomi Baru'.
Sesi petang bermula diskusi politik bertajuk "Cabaran Kepimpinan Melayu Di Masa Hadapan". Moderatornya Tan Sri Dr. Nordin Kardi disamping ahli penal terdiri dari Tan Sri Isa Samad, Datuk Mustapha Ali (PAS) dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Selepas solat Asar, sesi diskusi ekonomi bertajuk "Milikan 30% Ekuiti Bumiputera Menjelang 2020, Bagaimana dan Dimana Melayu".
Moderatornya Datuk Johan Jaafar disamping ahli panel terdiri dari Datuk Salleh Majid, Datuk Ibrahim Ali dan Tan Sri Sanusi Junid.
Program malam selepas solat Maghrib, majlis makan malam Perdana Menteri bersama Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kehadiran dijangka 2000 orang terdiri daripada pemimpin mahasiswa, ahli ASPIRASI, ahli korporat, profesional, NGO dan ahli politik Melayu
The Malay Dilemma mula diterbitkan pada tahun 1970 yang banyak menimbulkan kontroversi di atas taksiran yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu, mengenai kejadian yang berlaku seperti ekonomi masyarakat melayu dan asas perpaduan kebangsaan membuatkan beliau terpaksa mempertahankan pendapat dan kenyataan yang telah dikarangnya. Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tajuk Dilema Melayu pada tahun 1982.

Pada masa lalu, orang Melayu selalunya melindungi rakan dan musuh mereka daripada mendapat malu, dan dengan berbuat begitu mereka sebenarnya menyelubungi pemikiran mereka yang sebenar. Inilah reaksi beliau terhadap masalah-masalah masa kini, iaitu masalah paling penting yang dihadapi oleh Malaysia. Beginilah pemahaman orang Melayu yang cenderung pada politik terhadap masa lampau, menerangkan tingkah laku kaumnya sendiri dan tingkah laku para pendatang, dan melihat keadaan masa hadapan.
Konvensyen ini adalah bertujuan untuk membangkitkan kembali kesedaran di kalangan golongan muda tentang peri pentingnya semangat dan idea kepimpinan mereka dihidupkan semula. Sejauh mana penglibatan dan kefahaman sebenar mereka mengenai agenda Melayu serta pengetahuan mereka mengenai Dilema Melayu.


Objektif Simposium

  • Mengembangkan idea dalam mengupas langkah-langkah serta penyelesaian secara kolektif bagi memastikan agenda Melayu dalam Dilema Melayu dapat diperhalusi akhirnya membuahkan hasil yang signifikan.
  • Melibatkan golongan muda arus perdana yakni mahasiswa, alumni mahasiwa, NGO, serta mengajak ahli korporat dan profesional dalam membincangkan peranan dan tanggungjawab masyarakat dalam arus kepimpinan dan arus perdana pembangunan ekonomi negara bagi memperkasakan bangsa Melayu. 
  • Memupuk semangat dan keyakinan di kalangan belia Melayu untuk menjadi pemimpin masa hadapan serta melahirkan golongan bakal pemimpin yang berkarisma serta mempunyai asas kefahaman kenegaraan yang tinggi.
  • Memberi kesempatan untuk golongan belia bagi memahami dan menghayati wawasan kepimpinan negara seterusnya, menyelamatkan golongan belia dari terus leka terbuai dengan budaya negatif kesan dari kemewahan dan kemajuan yang dinikmati oleh negara.
  • Mewujudkan ‘networking’ bagi peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang untuk memupuk persaudaraan erat antara orang melayu.

 Ahli Panel dan Tajuk Ucapan / Diskusi

  -Ucaptama oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad bertajuk:
“Dilema Melayu: Perspektif dan Konklusi”


-Luncheon Talk: Y.B Datuk Seri Mustapa Bin Mohamed bertema:
“Memperkasa Melayu Dalam Konteks Model Ekonomi Baru”

-Diskusi Ekonomi bertajuk: “Milikan 30% Ekuiti Bumiputra Menjelang 2020, Bagaimana dan Dimana Melayu?”
  • Moderator: Dr. Asyraf Wajdi
  • Ahli Panel 1: Y.B Datuk Dr Awang Adek Hussin
  • Ahli Panel 2: Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid
  • Ahli Panel 3: Dato’ Ibrahim Ali
  • Ahli Panel 4: Dato’ Salleh Majid
-Diskusi Politik bertajuk: “Cabaran Kepimpinan Melayu Di Masa Hadapan”
  • Moderator: Tan Sri Dr. Nordin Kardi
  • Ahli Panel 1: Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
  • Ahli Panel 2: Dato’ Mustapha Ali
  • Ahli Panel 3: Tan Sri Isa Samad
  • Ahli Panel 4: Datuk Johan Jaafar
-Majlis Makan Malam Perdana Bersama:
Y.A.B Dato Sri Najib Razak-Perdana Menteri Malaysia / Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

SEKRETARIAT SIMPOSIUM DILEMA MELAYU
PERSATUAN ALUMNI PEMIMPIN MAHASISWA ASPIRASI MALAYSIA (ASPIRASI)
664, Tingkat 2, Batu 4, Jalan Ipoh
51200, Kuala Lumpur
Tel / Faks: 03-62501384 (10pagi - 4 petang).
H/P :012-2272015 (Zafry) / 012-3386735 (Omar) (call / sms).
sekretariat@dilemamelayu.com

atau layari http://dilemamelayu.com

Disunity Will Continue To Weaken Malays, Says Tun Dr. Mahathir Mohamad


The discourse, organised by the Federal Territory chapter of the Former Elected Representatives Association of Malaysia (Mubarak), was also attended by FT Mubarak chief Abdul Aziz Yassin, its secretary Datuk Abdul Rahman Sulaiman and Malaysia's ambassador to the Philippines, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, as the moderator.

Dr Mahathir said Malay unity was challenged the first time when there was discord which saw the setting up PAS, a breakaway group from Umno.

"However, we could still control the political situation in the country then, but as we all know, many (from Umno) who were disappointed later formed other splinter parties like Semangat 46 and PKR.

"When we were poor and weak and had no status, we knew that only unity could give us strength. But today, when we are better off, some feel there is no need for unity; so we end up fighting among ourselves."

The former premier said there were also Malays who were so confident of being able to stand on their own to the extent of rejecting the government's efforts such as the New Economic Policy which were created to assist them.

"There are those who say there's no need to be identified with the Malays, that 'we are Malaysians, we can reject efforts to help us, we want to throw away the crutch and we want to stand on our own', without realising that they are still 'limping'," he said.

Dr Mahathir said sadder still was that some Malays kept asking for the support of the other races in this regard to the extent of being willing to give up everything without thinking of the consequences.

He also believed that Malaysia would be safe from foreign invasion if the people could really understand and accept the concept of 1Malaysia or One Nation promoted by the government.

On the issue of Malay supremacy, Dr Mahathir cynically said the Malays needed not continue claiming that they were the "masters", when in fact they were the "servants" of others.

He said the famous saying, "Takkan Melayu hilang di dunia' (Never will Malays vanish from the earth) should be re-evaluated to determine which kind of Malays they did not want to lose; Malays who were strong, rich, knowledgeable, efficient in business and management, and the likes.

To a question on how to unite the Malays who had divided into three factions, Dr Mahathir said: "It's easy, knock Nik Aziz (Kelantan Menteri Besar) and Anwar (PKR de facto leader) on their heads because they are the ones who brought the disease".

Dr Mahathir also described the efforts to unite the Malays as coming to a dead end as the two leaders had no desire to see it happen.

"Their intentions are just secure a place, Anwar with his intention to capture Putrajaya while Nik Aziz is an opportunist. They have no intention to serve for the sake of the religion, people and country. That is why it is so difficult to make up with them," he said.

As faith in Umno was shaky and the Malays having a difficult time to choose a party that could be trusted, Dr Mahathir also described the Malays as being in a state of "Malay Dilemma 2".

FATWA ON WEIGHT AND PURITY OF DINAR-DIRHAM ISLAM



Bismillahirrahmanirrahim

Bersama ini kami ingin menyampaikan berita penting yang perlu diketahui semua muslim di manapun berada, atas ijin Allah dan disertai niat yang lurus dan ketakwaan, IMN melakukan pengkajian secara mendalam dari teks langsung kitab-kitab fikih empat Madzhab utama Islam berbahasa arab dari sumber terpercaya dan dikenal luas dan pengukuran langsung kepada standar mitsqal terhadap troy ounce, grain, dan gram. Berita penting ini adalah Fatwa Atas Berat dan Kadar Dinar Dirham Islam.

Fatwa ini untuk mendudukkan urusan Dinar Dirham Islam sebagai sesuatu yang penting, menyangkut aqidah kita sebagai muslim yang terkait erat dengan tiang zakat (mal) dan juga berbagai urusan mu’amalat lainnya. Ini adalah suatu upaya nyata dalam meninggalkan sistem riba yang telah merusak kehidupan kita lahir dan batin.

Apakah benar 1 Dinar itu sama dengan 4,25 gram dan 22K (Dinar emas dan campuran logam lain seperti perak atau tembaga), bagaimana kaitannya dengan nishab zakat mal yang terkait dengan Dinar Dirham Islam?
Silahkan baca dan pahami dengan mendownload link FATWA BERAT DAN KADAR DINAR-DIRHAM ISLAM, download juga dokumen Kajian Dan Penelitian Berat Dan Kadar Dinar Dirham Islam
Wajib bagi kita semua untuk memahami dan mengabarkan Fatwa ini kepada kaum muslimin di manapun berada tanpa merubah judul, isi dan sumber dari Fatwa ini.

Sumber : http://islamhariini.wordpress.com

STANDARISASI UKURAN DINAR DAN DIRHAM DALAM PERSPEKTIF SEJARAH DAN FIQIH ISLAM

Oleh: Abbas Firman, Shohibul Faroji Azmatkhan, Thariq bin Djured

Pendahuluan
Memasuki tahun baru 1432H/2011 tidak terasa dinar dan dirham telah berjalan 12 tahun di Nusantara, alhamdulillah, yang dimulai oleh tiga orang muslim dari Indonesia (Nusantara) pada tahun 1999  dan  mereka yang juga telah memulai pencetakan dinar dirham melalui PT Islamic Mint Nusantara (IMN), dengan berjalannya waktu pada tahun 2007 PT IMN menjadi pencetakan dinar dirham mandiri pertama di Indonesia yang juga memperkenalkan tentang wakala atau disebut Kiosk Dinarfirst yang telah mulai mengembangkan jaringan perdagangan dan pasar islam melalui Dinarfirst Saudara (Saudagar Nusantara) yang terintegarasi dalam mobile gold dinar dan dirham yang disebut sebagai Dinarfirst – mobile exchange system dan Titipan Dinarfirst dan mengajak muslim di Nusantara untuk terlibat secara langsung dalam memerangi riba.

Sejarah Standar Berat Dan Kadar Dinar Dirham Islam

Seperti telah kita ketahui bahwa Islamic Mint Nusantara memperkenalkan dinar (emas) dan dirham (perak) dengan berat dan kadar mengikuti ilmu dan amal yang bersumber dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, standar yang diambil adalah standar dinar pada masa Rasulullah Saw, dan ini berkaitan langsung dengan urusan nisab zakat harta yang harus ditarik sebanyak 20 Dinar untuk Zakat Emas dan 200 Dirham untuk Zakat Perak.1
Imam Hanafi mengatakan tentang hal ini:
Bahwa ukuran Nisab Zakat yang disepakati ulama’ bagi emas adalah 20 Mitsqal, dan telah mencapai haul (1 tahun) dan bagi perak adalah 200 dirham”2
Imam Asy-Syafi’I berkata dalam Kitab Al-Umm, Volume 2:
“Rabi’ meriwayatkan bahwasanya Imam Asy-Syafi’I berkata: Tidak ada perbedaan pendapat (ikhtilaf) bahwasanya Dalam Zakat Emas itu adalah 20 Mitsqal (20 Dinar)”.3
Standarisasi Dinar ini, sebenarnya sudah terjadi sekian lama, jauh sebelum Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi Wa Sallam lahir. Yaitu Pada masa Nabi Idris ‘alaihis Salam, 9000 tahun Sebelum Masehi, sebagai Rasul Ke-2 yang pertama kali hidup menetap, mengenal tambang emas dan perak, dan mengolahnya menjadi sebuah mata uang yang diberi nama “raqim4 untuk mata uang emas, dan “wariq5 untuk mata uang perak.
Sejarah mata uang Raqim dan Wariq ini, berlangsung cukup lama mulai dari periode Nabi Idris6, dilanjutkan ke periode Nabi Nuh, ke periode Hud, ke periode Nabi Sholih, ke periode Nabi Dzulqarnain, ke periode Ashabulkahfi, ke periode Nabi Ibrahim, ke periode Nabi Luth, ke periode Nabi Isma’il dan ke periode Nabi Ishaq. Peristiwa penting ini secara implisit dijelaskan dalam Al-Qur’an di 403 ayat dalam Al-Qur’an.7
Penamaan Dinar sebagai mata uang emas, dan Dirham sebagai mata uang perak, baru terjadi Periode Nabi Ya’qub dan Nabi Yusuf. Hal ini termaktub dalam Surah Ali-Imran (3): 75,8 dan Surah Yusuf [12]: 20.9

Standarisasi Ukuran Dinar dan Dirham pada masa Rasulullah Saw sama dengan ukuran Raqim dan Wariq pada masa Nabi Idris sampai Nabi Ishaq, dan sama pula ukurannya dengan Dinar dan Dirham pada masa Nabi Ya’qub sampai Nabi Muhammad Shallallâhu ‘alaihi Wa Sallam. Ukuran ini adalah ukuran yang telah disepakati oleh Jumhur Ulama’. Yaitu: nisab zakat harta yang harus ditarik sebanyak 20 Dinar untuk Zakat Emas dan 200 Dirham untuk Zakat Perak.10

Nabi Muhammad Shallallâhu ‘alaihi Wa Sallam, menerapkan kaidah standarisasi dinar dan dirham ini sesuai dengan “(berat) 7 Dinar harus setara dengan (berat) 10 Dirham”. Sunnah Dinar dan Dirham ini kemudian diikuti oleh para Khulafâ’ur Rasyidun yang berlangsung selama 30 tahun, yaitu sejak tahun 11 H sampai 40 H, berlangsung di Madinah yaitu Khalifah Abu Bakar ash-Shiddiq, Khalifah Umar bin Khattab, Khalifah Utsman bin ‘Affan dan Khalifah ‘Ali bin Abi Thalib.11

Standarisasi Dinar dan Dirham di atas juga dijaga tradisinya pada masa Bani Umayyah, berjalan selama 92 tahun, sejak tahun 40 H sampai 132 H. dengan 14 orang Khalifah yang berpusat di Damaskus. Khalifah-Khalifah itu yaitu: Mu’awiyah bin Abi Sufyan, Yazid bin Mu’awiyyah, Mu’awiyyah II bin Yazid, Marwan bin Al-Hakam, Abdul Malik bin Marwan, Walid bin Abdul Malik, Sulaiman bin Abdul Malik, Umar bin Abdul ‘Aziz, Yazid II bin Abdul Malik, Hisyam bin Abdul Malik, Walid II bin Yazid, Yazid III bin Walid, Ibrahim bin Walid dan Marwan II bin Ja’diy.12

Standarisasi Dinar dan Dirham di atas juga dijaga tradisinya pada masa Bani ‘Abbasiyyah, berjalan selama 518 tahun, sejak tahun 132 H sampai 656 H. dengan 37 orang Khalifah yang berpusat di Baghdad. Khalifah-Khalifah itu yaitu: Abul ‘Abbas As-Saffah, Abu Ja’far Al-Manshur, Mahdi bin Al-Manshur, Hadi bin Mahdi, Harun ar-Rasyid bin Mahdi, Al-Amin bin Harun Ar-Rasyid, Al-Ma’mun bin Harun Ar-Rasyid, Al-Mu’tashim bin Harun Ar-Rasyid, Al-Watsiq bin Mu’tasyim, Al-Mutawakkil bin Mu’tashim, Al-Mutashir bin Al-Mutawakkil, Al-Musta’in bin Mu’tashim, Al-Mu’tazz bin Mutawakkil, Muhtadi bin Al-Watsiq, Mu’tamid bin Mutawakkil, Mu’tadid bin Al-Muwaffiq, Muktafi bin Mustadhid, Ar-Radhi bin Muqtadir, Al-Muqtaqi bin Muqtadir, Mustaqfi bin Mustaqfi, Al-Mu’thi bin Muqtadir, At-Ta’bin Al-Mu’thi, Al-Qadir bin Ishaq, Al-Qaim bin Al-Qadir, Muqtadi bin Muhammad, Mustazhir bin Muqtadi, Murtashid bin Mustashir, Ar-Rashid bin Murtasyid, al-Muqtafi bin Mu’atshir, Mustanjid bin Muqtafi, Mustadi bin Al-Muqtadi, An-Nashir bin Muatahdi, Az-Zhahir bin An-Nashir, Mustanshir bin Az-Zhahir, Musta’sihim bin Mustansir.13

Standarisasi Dinar dan Dirham di atas juga dijaga tradisinya pada masa Kerajaan-Kerajaan Kecil (Mulukut Thawâif), baik di benua Timur maupun di benua Barat (Andalusia) yang masuk menyelusup di masa Bani ‘Abbasiyyah, yaitu dari tahun 321 H sampai 685 H berjalan selama 350 tahun.14

Standarisasi Dinar dan Dirham di atas juga dijaga tradisinya pada masa Turki Utsmani, berjalan selama 666 tahun, sejak tahun 687 H sampai 1343 H (1924 M) dengan 38 orang Sultan yang berpusat di Istanbul (Kontantinopel).15

Bahkan pada masa Sultan Muhammad II Al-Fatah (Sultan Ke-7 dari Kesultanan Turki Utsmani), tahun 855H/ 1451M, Dinar dan Dirham dibawa oleh Duta Muballigh Islam yang dikenal dengan “Walisongo” melalui perdagangan bersistem Dinar Dirham di Wilayah Nusantara (Asia Tenggara).16

Dalam catatan Syekh Muhyiddin Khayyat dalam “Durusut Tarekh Al-Islamiy” Juz V, dan Catatan Jarji Zaidan dalam Tarekh Tamaddun Al-Iskamiy, Juz III, menyebutkan bahwa: Standarisasi Dinar dan Dirham di atas juga dijaga tradisinya di beberapa negara-negara Islam, seperti Kesultanan Umayyah di Adaluzie Eropa, mulai tahun 138 H = 755M sampai 407 H/ 1016 M. Juga diterapkan di Kesultanan Fathimiyyah di Afrika Utara dan Mesir sejak tahun 279 H/ 909 M sampai 567H/ 1171M, juga diterapkan di Kesultanan Ayyubiyyah di Mesir dan Syiria sejak tahun 567H/1171 M sampai 657H/1260 M, juga diterapkan di Kerajaan Geznewiyah di Afghanistan dan India sejak tahun 366 H/976M sampai 579H/1183M. Dan di Kesultanan Mongolia di India sejak tahun 932H/1526M sampai 1274 H/1857M.17

STANDARISASI UKURAN BERAT DAN KADAR DINAR DIRHAM ISLAM DALAM PERSPEKTIF FIQIH ISLAM

Rumus “(berat) 7 Dinar harus setara dengan (berat) 10 Dirham”. Wahyu Allah menyebut Emas dan Perak serta mengaitkannya dengan berbagai hukum , misalnya zakat, perkawinan, hudud dan lain-lain.

Menurut Ibnu Khaldun dalam Mukaddimah, Allamah Muhammad bin Abdurrahman ad Dimasyqi dalam Fiqih 4 Madzhab, menyatakan bahwa : Berdasarkan wahyu Allah, Emas dan Perak harus nyata dan memiliki ukuran dan penilaian tertentu (untuk zakat dan lainnya) yang mendasari segala ketentuannya, bukan atas sesuatu yang tak berdasarkan syari’ah (kertas dan logam lainnya). Ketahuilah bahwa terdapat persetujuan umum (ijma) sejak permulaan Islam dan masa Para Nabi dan Rasul, masa Nabi Muhammad, Khulafa’ur Rasyidun, Sahabat serta tabi’in, tabi’it tabi’in bahwa dirham yang sesuai syari’ah adalah yang sepuluh kepingnya seberat 7 mitsqal (bobot dinar) emas. Berat 1 mitsqal emas adalah 72 butir gandum, sehingga dirham yang bobotnya 7/10-nya setara dengan 50-2/5 butir. Ijma telah menetapkan dengan tegas seluruh ukuran ini.18

Dari rujukan di atas kami mengkaji ulang mengenai ukuran berat dan kadar dinar dan dirham terhadap nishab zakat. Setelah beberapa pertemuan dan pembicaraan dan masukan formal dan informal yang kami lakukan baik dengan beberapa kolega kami di Jakarta, Bandung dan Jogjakarta baik secara langsung ataupun melalui email, kami akan mengemukakan beberapa hal sangat penting terkait dengan standar dinar (emas) dan dirham (perak) terutama terhadap perhitungan nisab zakat di Nusantara dan dunia yang tentunya ini kami kemukakan bertujuan kepada ketakwaan dan kelurusan dalam mengamalkan dinar dirham dalam muamalat islam secara benar dan tepat sesuai dengan Syari’at Islam (Kitabullah dan Sunnah Rasulullah).

Menurut Jumhur Ulama’ Fiqih 4 Madzhab. Mereka sepakat bahwa nisab emas adalah sebanyak 20 mitsqal ( 1 Dinar = 1 mitsqal). Bahwa nisab zakat harta untuk 20 dinar (emas) sama dengan 88,864 gram emas murni maka menjadi 1 Dinar = 4.4432 gram.

Menurut Jumhur Ulama’ Fiqih 4 Madzhab menyebutkan berat yang digunakan adalah 88,8 gram emas murni atau setara dengan 20 Dinar, hal lain yang tidak bisa diabaikan adalah diketahui dari ijma ulama zakat emas yang dimaksud adalah emas murni (24K) yang artinya ini mempengaruhi kepada cara perhitungan berat dinar dan dirham, impikasi luasnya adalah kepada nishab zakat mal dan perdagangan islam.

Sementara saat ini dinar yang berkembang tidak mengikuti nisab yang benar yang disyariatkan Nabi Muhammad yaitu 88,864 gram emas murni. Jelas ini adalah kekeliruan besar dan bertentangan dengan Syari’at Islam.
Di mana letak kekeliruan dari dinar yang beredar sekarang ini?

Perhitungan berat dinar yang saat ini telah beredar di masyarakat, tidak berdasarkan nisab zakat 88,8 gram (emas murni)  dan hal ini bertentangan dengan Sunnah nabi Muhammad.
Jika mengikuti pendapat bahwa nishab zakat 88,8 gram3 (emas murni) maka hitungan dinar (mitsqal) adalah 88,864 : 20 = 4.4432 gram1 untuk emas (24K), sedangkan dinar yang sekarang beredar adalah 4,25 gram (22K) berarti kadar dan beratnya sudah tidak sesuai dengan Syari’at Islam.

Penjelasannya adalah sebagai berikut, seperti yang telah kita ketahui bersama bahwa dinar yang telah beredar saat ini mempunyai berat 4.25 (22K) dan 91.7, jadi perhitungan nishab zakat mal sebesar 20 dinar di dapat dengan cara sebagai berikut
85 gr / 20= 4.25 gr (24K)
nishab adalah 4.25 gr x 20 = 85 gr (24K)
*nishab zakat emas 85 gram berasal Muhammad Bin Shalih Al Utsaimin dan diikuti oleh Yusuf Qardhawi. Dan menurut jumhur ulama pendapat ini sangat lemah karena tidak berdasarkan kepada nash-nash syar’i dan tidak mengikuti 4 madzhab yang mu’tabar. Kelemahan dari pendapat Utsaimin dan Qardhawi ini tidak sesuai dengan ijma Khalifah Umar bin Khattab yang mengatakan, bahwa berat 7 Dinar setara dengan 10 Dirham.
PERHATIKAN. Disini ada aspek yang terabaikan dalam pembayaran zakat mal dimana menurut jumhur ulama yang dimaksud adalah emas murni dan kita tidak bisa mengabaikannya, dalam bahasa arab emas murni disebut sebagai dzahab, artinya perhitungannya menjadi berbeda jika menggunakan emas 22K, perhitungannya menjadi sebagai berikut:
(24/22) x (85/20)= 4.63 gr (22K)
nishab adalah 4,63 gr x 20 = 92.6 gr
Sekarang dapat dilihat perbedaan ukuran antara 1 Dinar (22K) = 4.63 gr dan 1 Dinar (24K) = 4.25 gr (seperti penjelasan di atas) yang tentunya terkait langsung kepada nishab zakat, jadi kalau dihitung dalam standar 1 dinar = 4.25 gr (22K) hanya terkandung 78 gr emas (murni), dimana ini tidak mencapai nishab zakat mal yang seharusnya adalah 85 gram emas (murni).

Tinjauan Kritis Menentukan Berat Dinar dan Dirham Untuk Nishab Zakat Emas dan Perak Dalam Gram Berdasarkan Jumhur Ulama Madzhab Hanafi, Maliki, Syafi’I Dan Hanbali

Dinar = 88,864 gram emas murni, maka Nishab Dinar = 88,864/20 = 4,4432 gram
Dirham = (4,4432 x7) / 10 = 3,1103 gram, maka Nishab perak = 200 x 3,1103 = 622 gram
Perbandingan 7/10 terhadap Troy Ounce adalah:
31,103/4,4432 = 7 (Dinar) dan 31,103/3,11= 10 (Dirham)

B. PERHITUNGAN BERAT KOIN DINAR (EMAS MURNI) BERDASARKAN TROY OUNCE UNTUK NISHAB ZAKAT EMAS (DINAR)
Bagaimana melihat hubungan mithqal dan troy ounce, yang dapat dijelaskan sebagai berikut:
1. Sejarah satuan troy ounce ini diambil dari kota Troyes, Perancis. Di kota Toyes ini dikenal sebagai tempat jual beli emas dan perak, dimana mereka terbiasa menggunakan timbangan apoteker berbasis bulir gandum (grain).
Untuk mengetahui hubungan mithqal, bulir gandum dan grain, maka hitungannya adalah 1 mitsqal =72 bulir gandum = 68,57 grain.
Perbedaan ini dapat terjadi karena grain adalah satuan bulir gandum yang tidak dipotong kedua ujungnya atau perbedaan jenis gandum yang digunakan, karena selisihnya sedikit, yaitu: 72 – 68.57 = 3.43 bulir gandum
2. Perkataan Umar bin Abdul Aziz bahwa dirham buatan Abdul Malik bin Marwan bobotnya kurang, maka perbandingannya bukan 7/10 mitsqal tetapi 7/10.5 mitsqal (disebutkan dalam kitab Adh-Dharaib Fi As Sawad, hal. 65), ini artinya 7 mitsqal = 10,5 x 2.975 gr = 1 troy ounce
1 Troy Ounce = 480 grain
1 Grain = 64,79891 mg
7 mitsqal = 480 grain = 10 Dirham
1 Mitsqal = (480/ 7) grain = 68,57 x (64,79891/1000) = 4,4432 gram
1 Dirham = (480/10) x (64,79891/1000) = 3,1103 gram

Jika 1 Troy Ounce sebanding dengan 7 mitsqal, maka satuan mitsqal adalah 31,103 gram (1 troy ounce) : 7 = 4.4432 gram (emas 24K).
Mengacu kepada satuan Troy Ounce maka nishab zakat emas (20 mitsqal) menjadi 4.4432 gram x 20 = 88,864 gram emas murni.
C. PERHITUNGAN BERAT KOIN DIRHAM (PERAK) BERDASARKAN TROY OUNCE DAN NISHAB ZAKAT PERAK (DIRHAM)
Berat 1 Dirham (perak murni) adalah 31,103 gram (troy ounce) : 10 = 3.1103 gram.
Dengan mengacu kepada ukuran troy ounce maka nishab zakat perak adalah 3.11 gram x 200 = 622 gram perak murni.

Kesimpulan (Istinbath Hukum)

Jadi berdasarkan hal tersebut di atas, maka kita telah  lihat bahwa terjadi kekeliruan mendasar dalam standar  berat dan kadar koin Dinar dan Dirham Islam yang kini telah beredar. Dan hari ini juga kami memutuskan solusi yang jelas dan tegas secara syar’i yang harus diambil untuk menyikapi hal ini, karena ukuran berat dan kadar ini terkait dengan pelaksanaan pilar islam yaitu pelaksanaan rukun zakat, pasar terbuka islam, perdagangan islam, baitul mal, paguyuban, qirad, syirkah dan hal muamalat lainnya secara langsung, maka dengan ijin Allah kami akan memaklumatkan standar baru dari dinar dan dirham Islam baik ukuran dan kadar yang sesuai dengan penjelasan di atas.
Alhamdulillah, telah kami sampaikan hal ini denga tujuan ketakwaan kepada Allah, semoga ini menjadi jalan kita untuk mendapatkan ridha Allah di dunia dan akhirat. Amin
———————————————————————————————
Footnote:
1 Allammah Abdurrahman bin Muhammad Ad-Dimasyqi, Fiqih Empat Madzhab, Bab Zakat Emas dan Perak.
2 Kitab Fiqih Hanafi, Bab Zakat Emas, halaman 119
3 Imam Asy-Syafi’I, Kitab Al-Umm, Volume 2, halaman 40
4 Ar-Raqim adalah nama mata uang emas, sebelum dinamakan menjadi dinar. Lihat Surah Al-Kahfi [18]: 9
5 Abul Walid Muhammad bin Ahmad bin Rasyad Al-Qurthubi (w.450 H), Bab Kitab Zakat Adz-Dzahab Wa Al-Waraq, Beirut-Libanon: Penerbit Darul Gharbi Al-Islami, Cet.2, tahun 1988, Jilid 2, halaman 355- 422
6 Nabi Idris adalah Nabi pertama yang menemukan pertambangan emas dan perak, memiliki kejujuran yang tinggi dalam mencetak mata uang Islam, yaitu Raqim dan Wariq, hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an Surah Maryam [19]: 56; Juga dijelaskan dalam Surah Al-Anbiya’ [21]: 85. Nabi Idris sebagai penemu Mata Uang pertama Islam, yaitu mata uang emas dan perak, diriwayatkan oleh Wahhab bin Munabbih dalam Kitab Qishohul Anbiya’, karya Ibnu Katsir.
7 Ibnu Katsir, Kitab Qishohul Anbiya’, tt
8 Tentang Dinar, terdapat dalam QS. Ali Imran [3]: 75, Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: 75. Di antara Ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: “tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui.
9 Tentang Dirham, Allah berfirman dalam surah Yusuf [12]: 20, Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa dirham saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf
10 Allammah Abdurrahman bin Muhammad Ad-Dimasyqi, Fiqih Empat Madzhab,, Bab Zakat Emas dan Perak. Dan Kitab Fiqih Hanafi, Bab Zakat Emas, halaman 119, juga bisa dibaca dalam Kitab Bidayatul Mujtahid Ibnu Ruysd dan Kitab Al-Umm Imam Syafi’I, Volume 2, halaman 39. Tentang Zakat Wariq, dan Al-Umm, Volume 2, tentang Zakat Emas, halaman 40
11 Muhammad, Quthub Ibrahim. 2003. Kebijakan Ekonomi Umar Bi Khaththab (As-Siyâsah al-Mâliyah li ‘Umar ibn al-Khaththâb). Terjemahan oleh Safarudin Saleh. Jakarta: Pustaka Azzam.
12 Bersumber pada kitab berikut ini: Al-Bidaayah Wan Nihaayah, Ibn Katsir; Tarikh Khulafa’, As-Suyuthi; Tarikh Bani Umayyah, Al-Mamlakah Su’udiyyah; Tarikh Islamy, Ibn Khaldun; Sejarah Bani Umayyah, Muhammad Syu’ub, Penerbit PT.Bulan Bintang
13 Imam As-Suyuthi, Tarikh Khulafa`, Sejarah Para Penguasa Islam. Jakarta: AL-KAUTSAR, 2006. ISBN 979-592-175-4
14 Ahmed, Akbar S., Citra Muslim: Tinjauan Sejarah dan Sosiologi. Penerjemah: Nunding Ram dan Ramli Yakub. Jakarta: Erlangga, T.t; Ahmed, Akbar S. Rekonstruksi Sejarah Islam di Tengah Pluralitas Agama dan Peradaban. Penerjemah: Amru Nst. Yogyakarta: Fajar Pustaka Baru, 2003.Armstrong, Karen. Sepintas Sejarah Islam. Penerjemah: Ira Puspito Rini. Surabaya: Ikon Teralitera, 2004. Hamur, Ahmad Ibrahim. Al-Hadhârah al-Islâmiyyah. T.tp: T.pn, 2002. Himayah, Mahmud Ali. Ibnu Hazm: Biografi, Karya, dan Kajiannya Tentang Agama-agama. Jakarta: Lentera Basritama, 2001. Hitti, Philip K. History of The Arabs. Penerjemah: Cecep Lukman Ysin dan Dedi Slamet Riyadi. Jakarta: Serambi Ilmu Semesta, 2010. Khalîfah, Muhammad Muhammad dan Zaki Ali Suwailim. Al-Adab al-‘Arabî wa Târikhuh. Kairo: al-Ma‘âhid al-Azhariyyah, 1977. Lubis, Nabilah. al-Mu‘ayyan fi al-Adab al-‘Araby wa Târikhu. Ciputat: Fakultas Adab dan Humaniora, 2005. Syalbî, Ahmad. Mausû‘ah al-Târikh al-Islâmî wa al-Hadhârah al-Islâmiyyah. Kairo: Maktabah al-Nahdhah al-Mishriyyah, 1979. Sunanto, Musrifah. Sejarah Islam Klasik: Perkembangan Ilmu Pengetahuan Islam. Jakarta: Prenada Media, 2004. Urvoy, Dominique. Perjalan Intelektual Ibnu Rusyd. Penerjemah: Achmad Syahid . Surabaya: Risalah Gusti, 2000. Utsman, Ahmadi dan Cahya Buana. al-Adab al-‘Arabî fî al-‘Ashr al-‘Abbâsî wa al-Andalûsî wa ‘Ashr al-Inhithâth. Ciputat: Fakultas Adab dan Humaniora, 2010.
15 Leslie Peirce “The Imperial Harem: Women and sovereignty in the Ottoman empire and Morality Tales: Law and gender in the Ottoman court of Aintab”; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (25 Desember 2010). Bangkit dan Runtuhnya Khilafah ‘Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar. hlm. 403-425. Mufradi, Ali (25 Desember 2010). Kerajaan Utsmani dalam Ensiklopedi Tematis Dunia Islam. PT. Ichtiar Baru van Hoeve. hlm. 236-246. An-Nabhani, Taqiyyuddin (25 Desember 2010). Ad-Daulatul Islamiyyah . Darul Ummah. hlm. 139. Musthafa, Nadiyah Mahmud (25 Desember 1996). Al-’Ashrul ‘Utsmani minal Quwwatul Haimanah ila Bidayatul Mas’alatusy Syarqiyyah. Al-Ma’hadul ‘Alami lil Fikrul Islami. hlm. 94; Marjeh, Maufaq Bani (25 Desember 1996). Shahwatur Rajulul Maridh au as-Sulthan ‘Abdul Hamid ats-Tsani wal Khilafatul Islamiyyah. Darul Bayariq. hlm. 42; Harb, Muhammad (25 Desember 1998). Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam. hlm. 68. Noer, Deliar (25 Desember 1973). Gerakan Modern Islam di Indonesia 1900-1942. LP3ES. hlm. 242; Suryanegara, Ahmad Mansur (25 Desember 1998). Menemukan Sejarah: Wacana Pergerakan Islam di Indonesia. Mizan. hlm. 227.
16 KH.Moehammad Dahlan, Haul Sunan Ampel Ke-555,halaman 1;
17 Syekh Muhyiddin Khayyat dalam “Durusut Tarekh Al-Islamiy” Juz V, dan Catatan Jarji Zaidan dalam Tarekh Tamaddun Al-Iskamiy, Juz III
18 Menurut Ibnu Khaldun dalam Mukaddimah, Allamah Muhammad bin Abdurrahman ad Dimasyqi dalam Fiqih 4 Madzhab.

 

Bukan masanya – Tun Mahathir

 Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN
bisnes@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata penggabungan Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sukar untuk berlaku buat masa sekarang.
Menurut Penasihat Proton itu, kedua-dua syarikat itu mempunyai perbezaan yang begitu ketara dari segi pendekatan dan hala tuju syarikat yang dilihat bakal menyukarkan cadangan penggabungan tersebut.
‘‘Soal penggabungan adalah soal lain kerana Perodua punya falsafah, pendekatan dan tujuannya yang berbeza daripada Proton.
‘‘Proton 100 peratus buatan tempatan, selain perlu mematuhi peraturan-peraturan lain, berlainan dengan Perodua.
‘‘Mereka (Perodua) adalah kereta ‘rebadging’ dari Jepun, membuat pengubahsuaian sikit dan kemudian menjual semula sebagai kereta nasional kedua,’’ katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu pertemuan di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan penggabungan atau konsolidasi Proton-Perodua yang diusahakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Bagaimanapun, beliau berpendapat Proton dan Perodua masih boleh mencari kesepakatan untuk bekerjasama dalam beberapa bidang tertentu