Thursday, September 27, 2012

DINAR DIRHAM VS FIAT MONEY: THE EVOLUTION OF DINAR DIRHAM INTO FIAT MONEY



Alhamdulillah, pada 26 September 2012, pihak Jentayu Emas Research Group telah diberi kesempatan oleh pihak Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan untuk berkongsi sedikit maklumat dan info berkenaan Dinar Dirham satu topik yang belum pernah dibincangkan di Pulau Labuan. Seminar ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari jurusan kewangan Antarabangsa dan Perbankan dan Kewangan Islam. Turut tidak ketinggalan dalam seminar ini ialah pensyarah UMSKAL sendiri seperti En Fahmi yang pada masa kini begitu aktif dalam membuat penyelidikan Emas sebagai Instrumen Penampan Inflasi.

Seminar ini terbahagi kepada 2 iaitu Cik Sumarni telah memberikan sedikit pendahuluan tentang FIAT MONEY, seperti apa itu fiat money and what it has become today... Sesi kedua telah disampaikan oleh saya dengan memberikan penjelasan tentang sejarah dinar dirham sehinggalah peranannya hari ini dan apakah yang mampu kita lakukan.


Nyata ramai pelajar teruja dengan topik yang dikongsikan. Pihak kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak UMSKAL khususnya Prof Dr. Norazah dan Dr. Lee di atas kesudian memberikan peluang kepada pihak kami untuk berkongsi sedikit pengetahuan tentang Dinar Dirham.




 Wang ini sah diperakukan dengan Nilai RM 10 ( Intrinc value given by central bank)

















Harapan kami, seminar ini merupakan permulaan dalam melebarkan pengetahuan Dinar Dirham di Pulau Borneo. Apa yang lebih menarik, Insya Allah jika tiada aral melintang, dan di atas keizinan pihak Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa UMSKAL, pihak kami ingin membantu dalam menjayakan seminar Dinar Emas, malahan Pameran Dinar Emas serta Souq (Pasar Bebas) dimana urusan muamalat Dinar Dirham boleh dipraktikkan.

Muhamad Nizam Shaidon
011-15110125
nizam@jentayuemastrading.com / jentayuemastrading@gmail.com