Friday, April 12, 2013

Dinar Emas dan Kerajaan





Dalam Islam mata wang sememangnya saling berkait rapat dengan Kerajaan. Ibn Taymiyyah juga ada mengulas tentang krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Mamluk dan wang Dinar Emas dan Dirham Perak digunakan di kalangan umat Islam sehinggalah kejatuhan kesultanan Uthmaniah.

Wang sejati yang bebas daripada spekulasi dan manipulasi menandakan bahawa kerajaan juga merdeka dan bebas daripada penjajahan.Kemunculan Dinar Emas adalah suatu rahmat bagi memperkasakan Institusi Melayu Islam Beraja.

Sejarah telah membuktikan   bahawa tamadun Kesultanan Melayu telah memartabatkan Dinar Emas sebagai Wang Sunnah sejajar dengan kehendak agama dan pencetus kepada kemasyuran Kerajaan Melayu Islam Nusantara suatu masa dahulu.

Jika dilihat dari segi sejarah, sistem kewangan yang berteraskan emas sudah berlangsung selama lebih kurang 1353 tahun iaitu bermula pada zaman Rasulullah SAW iaitu 571 Masihi sehingga tahun 1924. Manakala sistem wang kertas hanya berlangsung selama 87 tahun iaitu bermula dari tahun  1924 sehingga ke hari ini 2011 dan telah menyaksikan beberapa krisis kewangan berlaku.