Wednesday, December 4, 2013

Dinar Dirham & Daniq Islamic Mint Nusantara


Assalamualaikum, Untuk makluman semua , pihak kami bercadang untuk mendapatkan stok Dinar, Dirham dan Daniq dari Islamic Mint Nusantara, Indonesia dalam masa yang terdekat. Oleh itu bagi mereka yang berminat sila email saya di nizam@jentayuemastrading.com / jentayuemastrading@gmail.com

Spesifikasi Dinar, Dirham dan Daniq adalah seperti berikut:

1 Dinar 4.44 gram (Au/9999) Fine Gold

1 Dirham 3.11 gram (Ag/999) Fine Silver

1 Daniq 0.5183 gram (Ag/999) Fine Silver

Dinar emas tidak dapat digugat oleh mana-mana mata wang, termasuk dolar Amerika kerana ia merupakan satu bahan komoditi yang mempunyai nilai yang amat stabil.

Kesatuan dalam masyarakat Islam amat diperlukan dalam menjayakan Sistem Dinar Emas. Namun, masyarakat Islam kini gagal untuk membentuk perpaduan di antara mereka. Ini dapat di petik daripada kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mengkritik masyarakat Islam kerana gagal bersatu walaupun untuk kebaikan ummah dengan katanya, “Walaupun kita mempunyai kekuatan seramai 1.3 bilion, kita tidak dapat mencapai apa-apa kerana daripada 50 negara Islam ini, setiap kali mereka bertemu, mereka tidak pernah bersetuju”. Kejatuhan ekonomi Asia pada tahun 1997 seharusnya dijadikan pengajaran oleh negara-negara Islam supaya lebih berwaspada dan jika boleh mengambil langkah-langkah yang konkrit bagi membendungnya sebelum ia berulang lagi. Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu selepas serangan AS ke atas Afghanistan, cadangan untuk menggunakan dinar emas harus diberi pertimbangan yang serius oleh negara-negara Islam. Bagi negara-negara Asia, penggunaan mata wang emas boleh dilaksanakan menggunakan nama-nama yang bersifat lokal dan setempat. Ia tidak semestinya dikenal sebagai dinar emas dan dirham perak, selagi konsep dan asas penggunaannya adalah berteraskan kepada sandaran kedua logam tersebut. Walaupun pada peringkat antarabangsa, emas menjadi salah satu daripada komoditi perdagangan yang popular, tetapi kestabilan nilainya sukar digugat oleh kegiatan spekulasi dan perubahan iklim politik dunia, berbanding saham dan bahan mentah pertanian.