Tuesday, October 13, 2015

Program Ceramah MAALHIJRAH 1437H bersama Al Fadhil Ustaz Abdul Halim Abdul Hamid,



Assalamualaikum Tuan/Puan,


Dijemput hadir ke program ceramah MAALHIJRAH 1437H bersama Al Fadhil Ustaz Abdul Halim Abdul Hamid, Pengasas dan Pengerusi Hijra Time Piece (jam tawaf). Al Fadhil yg merupakan bekas pensyarah Universiti Multimedia Melaka juga merupakan insan yang mendukung kuat gerakan Dinar Dirham. Jemput hadir semua.

Tuesday, September 29, 2015

Sejarah Mata Wang Malaysia




1870 : Sistem wang token dan piawaian emas digunakan secara meluas dalam segala aspek transaksi perdagangan.

1899 : Mata wang kertas pertama diterbitkan oleh kerajaan, disandarkan kepada surat jaminan dan logam perak.

1906 : Kerajaan menyandarkan mata wang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Setiap satu dolar setara dengan dua sterling dan 4 dime, dan 60 dolar selat setara dengan 7 wang emas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya. Sistem kadar pertukaran bebas dan perjanjian Betton Woods mula dirangka untuk dilaksanakan sepenuhnya ke seluruh dunia.

1954 : Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada Dolar selat (logam) yang kemudiannya digantikan dengan dolar Malaya.

1958 : Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk percetakan mata wang.

1967 : Bank negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia (RM) menggantikan dolar. Pada tahun 1973 hingga tahun 1985, sistem kadar wang convertible (boleh ubah) mula diamalkan di Malaysia bagi menstabilkan wang ringgit.

1975 : Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama. Pada tahun 1985 hingga tahun 1997, sistem pertukaran mata wang kadar terapung diamalkan memandangkan pertumbuhan ekonomi dan perdangangan kian rancak.

Wednesday, August 26, 2015

MEMARTABATKAN DINAR EMAS


Wang sejati yang bebas daripada spekulasi dan manipulasi menandakan bahawa kerajaan juga merdeka dan bebas daripada penjajahan. Kemunculan Dinar Emas adalah suatu rahmat bagi memperkasakan Institusi Melayu Islam Beraja.

Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Kesultanan Melayu telah memartabatkan Dinar Emas sebagai Wang Sunnah sejajar dengan kehendak agama dan pencetus kepada kemasyuran Kerajaan Melayu Islam Nusantara suatu masa dahulu.



www.jentayuemastrading.com
www.jentayuemastrading.blogpot.com

DINAR EMAS SUATU KAEDAH BELUM TERUJI BAGI MENGATASI KRISIS KEWANGAN